BANTU TINGKAT PERKHIDMATAN KESIHATAN DI JOHOR


EXCO Kesihatan Johor, Ling Tian Soon (kanan) mengadakan kunjungan hormat terhadap Menteri Kesihatan yang baharu, Dr. Zaliha Mustafa di Putrajaya, semalam | Sumber Facebook Rasmi Ah Soon.

 

ISKANDAR PUTERI — EXCO Kesihatan Johor, Ling Tian Soon berharap Menteri Kesihatan yang baharu, Dr. Zaliha Mustafa dapat membantu menyelesaikan masalah dan meningkatkan tahap perkhidmatan kesihatan serta perubatan di negeri ini.

 

Dalam pertemuan bersama Menteri, Tian Soon memaklumkan mengenai Hospital Sultanah Aminah (HSA) dan Hospital Sultan Ismail (HSI) mempunyai peratusan penggunaan katil amat tinggi, sekali gus pesakit perlu menunggu masa yang panjang baru mendapatkan rawatan.

 

“Oleh itu, Johor harus menambah sebuah hospital pakar untuk menanggung kesibukan kedua-dua hospital itu. Sebelum ini, Kerajaan Johor telah bekerjasama dengan Kementerian Kesihatan untuk mencadangkan pembinaan hospital pakar di Kempas, dengan keluasan tanah seluas 512.8 ekar.

 

“Oleh itu, Johor harus menambah sebuah hospital pakar untuk menanggung kesibukan kedua-dua hospital itu,” katanya seperti dipetik dari siaran dimuat naik dari Facebook rasminya.

 

Tian Soon juga memberitahu mengenai insiden kebakaran di HSA pada Jun 2020, dan sejak daripada itu, bangunan hospital terbabit masih belum dibaik pulih dan dinaik taraf.

 

Ia berikutan, HSA baru sahaja menerima peruntukan sebanyak RM140 juta untuk menukar pendawaian, menaik taraf sistem bekalan elektrik dan pembangunan teknologi maklumat (IT) di mana kesemua projek sedang dilaksanakan sekarang.

 

Selain itu, beliau memaklumkan keperluan menambah poliklinik di negeri ini, terutama di kawasan berkependudukan tinggi seperti Kulai dan Iskandar Puteri selain menaik taraf fasiliti yang usang contohnya Klinik Kesihatan Bukit Pasir, Klinik Kesihatan Ayer Hitam dan Klinik Kesihatan Mersing.

 

“Tidak kurang pentingnya, bekas Menteri Kesihatan telah bersetuju akan menambah beberapa buah ambulans baru pada tahun 2023.

 

“Oleh itu, Ah Soon berharap Dr. Zaliha dapat mengekalkan keputusan ini untuk meningkatan sistem perubatan negeri Johor demi kesihatan dan kesejahteraan Bangsa Johor,” katanya.

 

#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor