KERAJAAN JOHOR BERTINDAK SEGERA TANGANI PENCEMARAN ANAK SUNGAI DI TANGKAK

  #IskandarPuteri – Kerajaan Negeri bertindak segera susulan aduan pencemaran anak sungai di FELDA Sri Jaya, Bukit Serampang, Tangkak, dengan melakukan turun padang pada 22 Januari lalu, bagi melaksanakan pemulihan, pemantauan dan penguatkuasaan terhadap insiden berkenaan.   Tindakan proaktif tersebut melibatkan Pejabat Perkhidmatan Veterinar Daerah (PPVD) Tangkak, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), Jabatan Alam Sekitar […]

JOHOR BAHRU JUARA KESELURUHAN TILAWAH AL-QURAN NEGERI JOHOR KALI KE-70

#BatuPahat – Daerah Johor Bahru dinobatkan sebagai johan keseluruhan Majlis Tilawah Al-Quran Kali Ke-70 Peringkat Negeri Johor Tahun 1447H/2026M dengan memperoleh jumlah permarkahan sebanyak 94.50 peratus.   Bagi kategori Qari, gelaran johan dimenangi oleh Muhammad Saleem Noor Muhamad dari Johor Bahru, manakala kategori Qariah disandang oleh Nurul Nadiah Hashim dari Kluang dengan kedua-duanya membawa pulang […]

JOHOR JEWELS BUAT PERSIAPAN AWAL MENJELANG NSL 2026

  #IskandarPuteri – Johor Jewels menjadi antara pasukan yang mencuri tumpuan menjelang musim kelima Netball Super League (NSL) bakal bermula April 2026. Meskipun dianggap terlalu awal, pasukan bola jaring dari selatan tanah air ini tampak bersedia selepas selesai menjalani kem latihan yang bermula sejak 16 Januari lalu.   Menerusi perkongsian di laman instagram rasmi, Johor […]

JEJAMBAT DAN PLAZA TOL BAHARU LONJAK MOBILITI SERTA KELANCARAN TRAFIK PASIR GUDANG

  #PasirGudang – Komitmen berterusan Kerajaan Johor dalam memperkukuh infrastruktur negeri terus berjaya direalisasikan melalui pembukaan Projek Tanjakan (Jejambat) dan Plaza Tol Bestari Perdana di Jalan Susur Keluar/Masuk Lebuhraya Senai–Desaru (SDE).   Pembukaan tanjakan dan plaza tol baharu melibatkan kos pembinaan berjumlah RM70 juta ini dijangka memendekkan masa perjalanan daripada sekitar 45 minit kepada hanya […]

PELABURAN BROOKS AUTOMATION PACU JOHOR SEBAGAI DESTINASI INDUSTRI SEMIKONDUKTOR BERNILAI TINGGI

  #PasirGudang – Johor terus mengukuhkan kedudukan sebagai hab industri berteknologi tinggi apabila Brooks Automation, peneraju global dalam automasi semikonduktor dari Amerika Syarikat, merealisasikan pelaburan berjumlah RM245 juta menerusi pembukaan fasiliti baharu di Pasir Gudang.   Pelaburan berimpak tinggi ini turut menawarkan peluang pekerjaan bergaji kompetitif kepada warga tempatan melibatkan keseluruhan kira-kira 300 tenaga kerja […]

JTDC PERLUAS JARINGAN PENDIDIKAN GLOBAL MENERUSI KOLABORASI UTM–UNIVERSITI PEKING

  #IskandarPuteri – Majlis Pembangunan Bakat Johor (JTDC) memperkasa jaringan kerjasama strategik antarabangsa menerusi kolaborasi akademik dan penyelidikan antara Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan Universiti Peking, China.   Kerjasama dengan universiti nombor satu di China serta antara yang terbaik di dunia ini mencerminkan keyakinan akademia luar negara terhadap keupayaan, kepakaran dan reputasi UTM dalam ekosistem […]

JOHOR TUBUH TASKFORCE ISU PENGURUSAN TANAH RUMAH IBADAT BUKAN ISLAM

  #IskandarPuteri – Kerajaan Negeri memandang serius isu pengurusan tanah Rumah Ibadat Bukan Islam (RIBI) yang tular di media sosial dan menzahirkan komitmen untuk menanganinya secara bertanggungjawab melalui penubuhan Taskforce Hal Ehwal Masyarakat Bukan Islam.   Taskforce dipengerusikan oleh YAB Dato’ Onn Hafiz Ghazi, Menteri Besar Johor ini akan mengenal pasti tapak RIBI sedia ada […]

JOHOR SAMBUT BAIK RANCANGAN PENDIDIKAN NEGARA 2026-2035

  #IskandarPuteri – Kerajaan Johor menyambut baik pelancaran Rancangan Pendidikan Negara 2026-2035 diumumkan oleh YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri, semalam, sebagai langkah strategik memperkukuh sistem pendidikan negara.   Pengenalan Pengukuran Pembelajaran Tahun Empat mulai 2026 dan Tingkatan Tiga bermula 2027 bagi subjek teras membolehkan tahap penguasaan murid dikenal pasti lebih awal sekali gus […]

GRETEL BUETA, LAURA LANGMAN SERLAH KILAUAN JOHOR JEWELS

  #IskandarPuteri – Pasukan Johor Jewels membuat kejutan dengan mengumumkan dua pemain import bertaraf juara dunia bagi mengharungi musim baharu Netball Super League (NSL) 2026 yang bakal bermula pada April nanti.   Gretel Bueta, pemain bola jaring Australia Diamonds menyertai Johor Jewels pada Oktober 2025. Bukan sekadar pemain import biasa, Gretel mewakili pasukan kebangsaan Australia […]

SRBJ PACU SEKOLAH BERPRESTASI SEDERHANA KE ARAH DAYA SAING GLOBAL

#JohorBahru – Pelaksanaan Sekolah Rintis Bangsa Johor (SRBJ) mencerminkan komitmen berterusan Kerajaan Negeri dalam mentransformasi sistem pendidikan negeri secara inklusif dan strategik bagi melahirkan generasi Bangsa Johor yang berdaya saing di peringkat global.   Inisiatif tersebut telah dilaksanakan selaras dengan titah Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor yang menekankan kepentingan pendidikan […]