JAINJ INGATKAN SEMULA LARANGAN AKTIVITI POLITIK DI MASJID DAN SURAU

  #IskandarPuteri – Semua masjid dan surau di seluruh Johor akan terus dipelihara sebagai institusi penyatuan ummah yang bebas daripada sebarang pengaruh politik kepartian menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor Ke-16.   Perkara itu selaras dengan Garis Panduan Larangan Aktiviti Politik Dalam Program Pengimarahan Masjid dan Surau Negeri Johor yang dikeluarkan oleh Majlis Agama Islam […]

KOMPLEKS WARISAN SULTAN ABU BAKAR DIBUKA KEPADA UMUM ESOK

  #IskandarPuteri – Kompleks Warisan Sultan Abu Bakar (KWSAB) bakal dibuka kepada orang ramai mulai esok, 3 Jun, sebagai satu lagi produk pelancongan budaya dan warisan baharu yang memperkukuhkan kedudukan Johor sebagai destinasi pelancongan berteraskan seni, budaya dan warisan Bangsa Johor.   Pembukaan KWSAB selari dengan usaha berterusan Kerajaan Johor dalam memelihara serta memperkasa khazanah […]

DEWAN NEGERI JOHOR BUBAR BERKUAT KUASA HARI INI

  #JohorBahru – Dewan Negeri (DUN) Johor ke-15 secara rasminya dibubarkan hari ini bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ke-16.   Pembubaran DUN Johor ke-15 ini dibuat selepas watikah pembubaran mendapat perkenan daripada DYAM Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor selaras dengan Fasal 23, Bahagian Kedua Undang-Undang Tubuh Kerajaan Johor 1895.   […]

SURI RUMAH, PASANGAN BAHARU BERKAHWIN LEGA TERIMA BKJ

  #SimpangRenggam – Penerima Bantuan Kasih Johor (BKJ) Fasa 4 di Dewan Undangan Negeri (DUN) Layang-Layang menzahirkan penghargaan kepada Kerajaan Negeri atas keprihatinan terhadap kebajikan dan kesejahteraan rakyat menerusi penyaluran bantuan tersebut.   Bagi V. Agilandam, 38, yang menerima BKJ bagi kategori Suri Rumah Tidak Bekerja memberitahu dirinya memilih untuk menjadi suri rumah sepenuh masa […]

KERAJAAN JOHOR PERUNTUK LEBIH RM30 JUTA UNTUK BAKUL KASIH, MANFAAT 550,000 KELUARGA

  #IskandarPuteri – Kerajaan Negeri terus memperkukuh agenda kebajikan rakyat menerusi pelaksanaan bantuan Bakul Kasih Johor dengan peruntukan lebih RM30 juta bagi membantu golongan yang memerlukan di seluruh negeri.   Inisiatif signifikan ini dijangka memberi manfaat kepada lebih 550,000 keluarga Bangsa Johor khususnya dalam mendepani cabaran kos sara hidup yang semakin meningkat serta ketidaktentuan ekonomi […]

PENGANTIN BAHARU, AJK MASJID DAN SURAU HARGAI BKJ

  #IskandarPuteri – Pelaksanaan Bantuan Kasih Johor (BKJ) Fasa Keempat terus menerima maklum balas positif daripada rakyat yang menyifatkan bantuan yang disalurkan sebagai usaha murni Kerajaan Johor dalam membantu meringankan beban kos sara hidup serta meningkatkan kesejahteraan Bangsa Johor.   Bagi pasangan baharu berkahwin kategori Muslim, Muhammad Firdaus Roslan, 29, bersama isterinya, Siti Aisyah Mohd […]

CUTI PANJANG BAWA REZEKI UNTUK PENGUSAHA TEMPATAN

  #IskandarPuteri – Cuti panjang sempena Aidiladha, Hari Wesak, Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong serta musim cuti persekolahan terus memberi limpahan rezeki kepada peniaga kecil dan pengusaha tempatan di seluruh Johor apabila beberapa kawasan tumpuan awam dilihat menerima peningkatan kehadiran pengunjung.   Bagi Nur Aisyah Hamdan, 32, pengusaha makanan di Pontian, peningkatan pelanggan ketika […]

KERAJAAN JOHOR TAMBAH BAIK MEKANISME, AGIHAN BKJ DILANJUTKAN SEHINGGA 28 JUN

  #IskandarPuteri – Kerajaan Johor akan melaksanakan beberapa langkah penambahbaikan terhadap proses penyerahan Bantuan Kasih Johor (BKJ) Fasa Keempat bagi memastikan proses penyampaian bantuan kepada rakyat dapat dilaksanakan dengan lebih tersusun, lancar dan mesra penerima.   Antara langkah utama yang dipersetujui ialah melanjutkan tempoh penyerahan BKJ sehingga 28 Jun 2026, selain meningkatkan jumlah kaunter semakan […]

YANG DI-PERTUAN AGONG KURNIA 148 LEMBU KORBAN UNTUK RAKYAT JOHOR

  #IskandarPuteri – Sebanyak 148 ekor lembu dikurniakan sempena ibadah korban Hari Raya Aidiladha tahun ini hasil limpah perkenan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim untuk diagihkan kepada rakyat Johor.   Kurniaan penuh bermakna itu secara tidak langsung mencerminkan kasih sayang dan keprihatinan Institusi DiRaja Johor terhadap Bangsa […]

KERAJAAN JOHOR PERMUDAH AGIHAN BKJ WARGA EMAS, PENERIMA UZUR TIDAK PERLU HADIR

  #IskandarPuteri – Kerajaan Johor melaksanakan penambahbaikan segera terhadap proses agihan inisiatif Bantuan Kasih Johor (BKJ) Warga Emas bagi memastikan urusan penyampaian bantuan kepada rakyat dapat dilaksanakan dengan lebih lancar, tersusun dan mesra penerima.   Langkah tersebut dilaksanakan susulan maklum balas serta aduan yang diterima daripada rakyat berhubung situasi di beberapa lokasi penyerahan bantuan termasuk […]