DEWAN NEGERI JOHOR BERSOLIDARITI UNTUK PALESTIN


Dewan Negeri Johor menzahirkan solidariti kepada Palestin dengan memakai mafela khas tertera ‘Free Palestin dan Save Gaza’. | Foto MDJ Wira Anggara

 

Dewan Negeri Johor menzahirkan solidariti kepada Palestin dengan memakai mafela khas tertera ‘Free Palestin dan Save Gaza’ pada pada Mesyuarat Keempat (Belanjawan 2024) Penggal Persidangan Kedua Dewan Negeri Johor ke-15, hari ini.

 

Speaker Dewan Negeri Johor, Datuk Dr. Mohd Puad Zarkashi dalam pemasyhurannya mengutuk tindakan rejim Zionis yang meneruskan serangan ke atas Semenanjung Gaza sebaik sahaja tempoh gencatan senjata berakhir.

 

Tindakan rejim Zionis menjadikan tempoh gencatan senjata sebagai ‘muslihat’ membebaskan tawanan Israel juga dikecam selain Dewan Negeri Johor menggesa mewujudkan koridor kemanusiaan bagi menghentikan keganasan serta merta.

 

Selain itu, Persidangan Dewan Negeri Johor kali ini yang memasuki hari terakhir selepas tujuh hari bersidang melakar sejarah tersendiri apabila turut dihadiri 15 rakyat Palestin.

 

#BangsaJohor
#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor