WARGA FELDA PENGGELI TIMUR SUMBANG RM13,500 UNTUK PALESTIN


Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Negeri Johor, Mohd Fared Mohd Khaled, memaklumkan sebanyak RM13,500 berjaya dikumpul untuk disalurkan ke Akaun Amanah Kemanusiaan Rakyat Palestin. | Foto MDJ Wira Anggara

 

Sebanyak RM13,500 berjaya dikumpul oleh warga FELDA Penggeli Timur, Kota Tinggi kepada Tabung Khas Kemanusiaan Rakyat Palestin untuk disalurkan ke Akaun Amanah Kemanusiaan Rakyat Palestin, Kementerian Luar Negeri.

 

Sumbangan tersebut diserahkan oleh Pengerusi Masjid Darun Nadwa, FELDA Penggeli Timur, Saiddin Othman kepada Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Negeri Johor, Mohd Fared Mohd Khaled.

 

Penyerahan yang dibuat di Bangunan Sultan Ismail, Kota Iskandar, hari ini, turut dihadiri oleh Ahli Parlimen Tenggara, Manndzri Nasib.

 

Sementara itu, Mohd Fared menyeru masyarakat untuk terus menyumbang kepada Tabung Khas Kemanusiaan Palestin berbanding melalui sebarang pertubuhan atau individu yang mendakwa mempunyai akses terus kepada masyarakat Palestin.

 

Untuk rekod, kira-kira RM2.5 juta sudah berjaya dikutip menerusi tabung khas berkenaan yang merupakan inisiatif Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) melalui kutipan dari masjid dan surau seluruh Negeri Johor.

 

#BangsaJohor
#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor