KERAJAAN JOHOR TAMBAH BAIK MEKANISME, AGIHAN BKJ DILANJUTKAN SEHINGGA 28 JUN
#IskandarPuteri – Kerajaan Johor akan melaksanakan beberapa langkah penambahbaikan terhadap proses penyerahan Bantuan Kasih Johor (BKJ) Fasa Keempat bagi memastikan proses penyampaian bantuan kepada rakyat dapat dilaksanakan dengan lebih tersusun, lancar dan mesra penerima. Antara langkah utama yang dipersetujui ialah melanjutkan tempoh penyerahan BKJ sehingga 28 Jun 2026, selain meningkatkan jumlah kaunter semakan […]
