Tag Archive for: Onn Hafiz Ghazi

JUALAN KASIH JOHOR TAWAR 420,000 SET KOMBO RM15 DI 219 LOKASI

  #IskandarPuteri – Sebanyak 420,000 Set Kombo Kasih RM15 merangkumi seekor ayam, sepapan telur dan dua liter minyak masak akan ditawarkan menerusi pelaksanaan Program Jualan Kasih Johor di seluruh negeri bermula 15 Mei 2026.   Program berkenaan akan dilaksanakan di 219 lokasi di seluruh daerah di Johor bagi memastikan lebih ramai Bangsa Johor menerima manfaat […]

PERUNTUKAN RM68.48 JUTA FELCRA PERKUKUH AGENDA PEMBASMIAN KEMISKINAN JOHOR

  #IskandarPuteri – Kerajaan Johor menerima peruntukan sebanyak RM68.48 juta daripada Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Persekutuan (FELCRA) bagi menyokong Program Skim Pembangunan Kesejahteraan Rakyat (SPKR) pada tahun ini.   Peruntukan berkenaan akan dimanfaatkan secara telus, tersusun dan bersasar bagi membantu golongan termiskin yang berdaftar di bawah sistem e-Kasih di negeri ini, selaras dengan agenda […]

JOHOR BERPOTENSI TERIMA PELABURAN RM900 JUTA

  #IskandarPuteri – Johor menerima komitmen pelaburan sekitar RM900 juta daripada syarikat berteknologi tinggi, Jiangsu Longda Superalloy Co. Ltd. menerusi anak syarikatnya di Malaysia, Singda Superalloy (Malaysia) Sdn. Bhd., hasil lawatan kerja delegasi Kerajaan Negeri Johor ke Shanghai, China, 17 Disember lalu.   Komitmen pelaburan tersebut dijangka membuka lebih 200 peluang pekerjaan berkemahiran tinggi dalam […]

CPPDC TANGKAK KUKUHKAN BEKALAN MAKANAN, EKSPORT DURIAN JOHOR

    #IskandarPuteri – Pelaksanaan Program Jaminan Bekalan Makanan di negeri ini terus diperkasa menerusi penubuhan Pusat Pengumpulan, Pemprosesan, Pembungkusan dan Pengedaran (CPPDC) di Pejabat Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) daerah Tangkak.   Inisiatif strategik yang dioperasikan oleh MAPC Sdn Bhd ini bukan sahaja memodenkan rantaian nilai pertanian, malah berupaya meletakkan industri durian Johor pada […]

JOHOR SOKONG RUU TRIBUNAL ANTIBULI 2025

  #IskandarPuteri – Kerajaan Negeri Johor menyambut baik kelulusan Rang Undang-Undang (RUU) Antibuli 2025 yang telah diluluskan di Dewan Rakyat, baru-baru ini, sekali gus ia menjadi satu perkembangan penting dalam melindungi pelajar sekolah daripada sebarang bentuk ancaman buli yang semakin merisaukan.   YB Tuan Aznan Tamin, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan dan Penerangan Negeri Johor memberitahu, usaha […]

GEMPA BUMI LEMAH DI SEGAMAT, JAUHI STRUKTUR TIDAK KUKUH

  #IskandarPuteri – Kerajaan Negeri bersama pelbagai agensi berkaitan kini memantau dengan teliti kejadian gempa bumi lemah berukuran 4.1 magnitud pada jam 6.13 pagi tadi, di kawasan Segamat.   Susulan kejadian tersebut, YAB Dato’ Onn Hafiz Ghazi, Menteri Besar Johor juga telah berhubung dengan YBhg. Tuan Haji Mohd Ezzuddin Sanusi, Pegawai Daerah Segamat bagi mendapatkan […]

KERAJAAN JOHOR UMUM 9 INISIATIF BERNILAI RM3.8 JUTA UNTUK MASYARAKAT ORANG ASLI

  #Kluang – Kerajaan Johor memperuntukkan RM3.8 juta bagi melaksanakan sembilan inisiatif baharu demi memperkasa dan menjaga kebajikan lebih 18,000 masyarakat Orang Asli di negeri ini.   Selain itu, pelbagai bantuan melibatkan aspek kebajikan, pendidikan, kemudahan infrastruktur dan pembangunan komuniti juga telah diluluskan bagi memastikan masyarakat Orang Asli di negeri ini terus menikmati manfaat pembangunan […]

JAMBATAN ECO LINK SIREH PARK SOKONG AGENDA HIJAU JOHOR

  #IskandarPuteri – UEM Group Berhad melalui Yayasan UEM mengambil inisiatif melaksanakan kerja-kerja pemulihan dan naik taraf jambatan ECO Link di SIREH Park, Iskandar Puteri yang merupakan Taman Rekreasi Komuniti Hijau Bandar Terbesar di Malaysia.   Jambatan ECO Link sebelum ini dikenali sebagai ‘Hill Bridge’ sepanjang 65 meter yang dinaik taraf itu dibina sempena temasya […]

RUMAH KASIH JOHOR, BUKTI KEPRIHATINAN KERAJAAN JOHOR

  Kerajaan Johor sentiasa komited untuk terus membantu kesejahteraan rakyat khususnya membabitkan soal perumahan apabila berjaya merealisasikan pelaksanaan Rumah Kasih Johor (RKJ) dengan sehingga kini sebanyak 175 unit kediaman itu sudah siap dibina dan diserahkan kepada penerimanya.   Di bawah kepimpinan YAB Dato’ Onn Hafiz Ghazi, Menteri Besar Johor, Kerajaan Negeri telah memperuntukkan sebanyak RM67.5 […]

JOHOR TUBUH JAWATANKUASA KHAS PERANGI BULI DI SEKOLAH

  #IskandarPuteri – Kerajaan Negeri melalui Jabatan Pendidikan Negeri Johor (JPNJ) akan menubuhkan sebuah jawatankuasa khas bagi membendung isu buli yang semakin menular dalam kalangan pelajar dan membimbangkan daripada menjadi parah.   Jawatankuasa khas dengan kerjasama erat oleh jabatan dan agensi berkaitan itu akan bertindak sebagai platform penyelarasan bagi semua pihak termasuk sekolah, ibu bapa, […]