FARKHAN ‘THE SOUTHERN TIGER’ TEKAD AKHIRI KARIER DENGAN GEMILANG


Muhammad Farkhan Haron (kiri) berazam meraih kemenangan tali pinggang Majlis Tinju Dunia (WBC) Asia sebelum mengakhiri kariernya. | Foto MDJ Nurina Aisyah

 

Petinju profesional kelahiran Johor, Muhammad Farkhan Haron beriltizam mengakhiri kariernya tahun ini, dengan meraih kemenangan merangkul tali pinggang Majlis Tinju Dunia (WBC) Asia.

 

Bagaimanapun, ‘The Southern Tiger’ terlebih dahulu akan bertarung di Perth, Australia pada Jun ini, sebelum berpeluang mencabar kejuaraan tersebut di Larkin, Johor Bahru, Oktober depan.

 

Muhammad Farkhan yang kini berusia 35 tahun membuat keputusan untuk mengundurkan diri akibat faktor kecederaan selepas 23 tahun terlibat secara aktif dalam arena tinju profesional.

 

Beliau yang juga Presiden Tinju Negeri Johor seterusnya komited memberi tumpuan kepada pembangunan sukan berkenaan bagi melahirkan lebih ramai petinju berkaliber dari negeri ini.

 

Untuk rekod, Muhammad Farkhan muncul petinju Johor pertama memenangi Kejuaraan Tinju WBC Asia pada 2006 selain meraih pingat emas pada Sukan SEA 2009 di Laos.

 

Beliau juga pernah merangkul tali pinggang Juara Antara Benua Persekutuan Tinju Antarabangsa (IBF), Juara Asia Kelas Cruiserweight Persatuan Tinju Dunia (WBA) dan Kelas Light Heavyweight WBC pada 2019.

 

#BangsaJohor
#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor