FASA SATU TMIYC KLUANG SIAP SEPENUHNYA


 

Projek fasa satu Pusat Belia Tunku Mahkota Ismail (TMIYC) Kluang di Renggam kini siap sepenuhnya. | Foto MDJ Wira Anggara

 

Fasa satu projek pembangunan Pusat Belia Tunku Mahkota Ismail (TMIYC) Kluang di Renggam kini siap sepenuhnya dan sudah boleh dimanfaatkan oleh masyarakat setempat terutama golongan belia untuk terlibat secara aktif dalam aktiviti sukan serta riadah.

 

Terdapat enam komponen pembangunan TMIYC Kluang dalam fasa satu iaitu baikpulih Dewan Orang Ramai Renggam dan gelanggang bola keranjang, menaiktaraf Dataran Perigi Raja, Stadium Mini dan landskap Anak Sungai Sayong serta membina Renggam Port yang sekali gus mengubah wajah pekan Renggam.

 

Pembinaan TMIYC merupakan idea dan visi Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor untuk memperkasakan pembangunan golongan belia dengan pembinaan sebuah pusat belia di setiap daerah di negeri ini, dilengkapi dengan pelbagai kemudahan.

 

Terdahulu, Jelajah Aspirasi Orang Muda Johor @ Kluang 2024 diketuai oleh Yang Berhormat Mohd Hairi Mad Shah, Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan, Pembangunan Usahawan dan Koperasi Negeri Johor mengadakan lawatan ke TMIYC Kluang di Renggam.

 

Selain mendengar taklimat pembinaan TMIYC Kluang, rombongan jelajah turut berkesempatan beramah mesra bersama belia setempat. Turut hadir, YB Dato’ On Jabbar, Timbalan Setiausaha Kerajaan Johor (Sukan, Belia, Sukarelawan), YBrs. Mohd Rafi Abdullah, Pegawai Daerah Kluang dan YBrs. Mohd Faiz Salehon, Yang Dipertua Majlis Daerah Simpang Renggam.

 

#BangsaJohor
#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor