JANGAN HALANG LALUAN : BOMBA JOHOR


Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Johor ‘minta’ rakyat supaya tidka menghalang laluan keluar masuk kawasan penduduk. | Foto MDJ Nurina Aisyah

 

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Johor menyeru masyarakat menetap perumahan jenis strata di kawasan berkepadatan penduduk tinggi supaya tidak menghalang laluan keluar masuk yang menyukarkan akses jentera sekiranya berlaku kecemasan.

 

Pengarahnya, Penolong Kanan Pesuruhjaya Bomba Siti Rohani Nadir memberitahu situasi tersebut merencatkan ‘response time’ dan operasi anggota penyelamat ditetapkan di bawah 10 minit untuk setiap panggilan kecemasan yang diterima.

 

Beliau juga menyarankan agar jawatankuasa penduduk dan badan pengurusan bersama memainkan peranan memastikan tiada kenderaan diletakkan di bahu jalan serta halangan lain seperti pintu gerbang bagi melancarkan pergerakan jentera memasuki kawasan perumahan yang sempit.

 

Selain melakukan pemerikasaan laluan keluar masuk, JBPM Negeri Johor turut menjalankan program Sedia Urus Risiko Isirumah (SURI) yang dapat memberikan kesedaran dalam kalangan penduduk dan badan pengurusan mengenai kepentingan menjaga keselamatan kebakaran.

 

Tindakan undang-undang boleh dikenakan kepada mereka yang menghalang laluan jentera bomba di bawah seksyen 2 (f) Akta Perkhidmatan Bomba 1988 [Akta 341] yang memperuntukkan hukuman denda tidak melebihi RM5,000 dan penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya sekali.

 

#BangsaJohor
#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor