GWG PUPUK AMALAN BERWAKAF KEPADA PELAJAR SEKOLAH


Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam, Mohd Fared Mohd Khaled ketika hadir merasmikan Penutup Pertandingan GWG Peringkat Negeri Johor 2023 | Foto: Wira Anggara

 

Perbadanan Islam Johor (PIJ) menganjurkan Pertandingan Global Wakaf Game (GWG) Peringkat Negeri Johor 2023 bagi meningkatkan kesedaran dan kefahaman terhadap kepentingan berwakaf bermula di peringkat sekolah di negeri ini.

 

Penganjuran menerusi Tabung Waqaf Rakyat Johor (TWRJ) dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri Johor dan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) itu disertai 224 pelajar Tingkatan 1 hingga 5 dari 28 sekolah yang melibatkan kategori lelaki dan perempuan.

 

Peserta, Qathrunnada Assyifa Mahlil menyifatkan pertandingan berkenaan sebagai menyeronokkan dan memnbuka peluang untuknya menimba ilmu mengenai wakaf secara terperinci yang tiada dalam silibus mata pelajaran di sekolah.

 

GWG merupakan permainan papan berunsur wakaf yang informatif dan interaktif mendidik peserta membuat keputusan lebih pantas selain peka dengan pengurusan masa, taktikal serta kewangan.

 

Sementara itu, guru pengiring SMA Arab An-Nur Pontian, Naziha Mohamed berpendapat bahawa permainan tersebut berjaya menarik minat pelajar memupuk amalan berwakaf sejak di bangku persekolahan seterusnya diaplikasikan dalam kehidupan.

 

Majlis Penutup Pertandingan GWG Peringkat Negeri Johor 2023 telah disempurnakan perasmiannya oleh Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam, Mohd Fared Mohd Khaled.

 

SMA Arab An-Nur Pontian mencipta sejarah apabila muncul sebagai Johan keseluruhan bagi pertandingan tersebut yang julung kali diadakan di negara ini.

 

#BangsaJohor
#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor