IKLAN PELABURAN GUNA GAMBAR EXCO KERAJAAN JOHOR PALSU


Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Sumber Manusia Negeri Johor, Mohd Hairi Mad Shah menafikan beliau terlibat dengan sebarang bentuk program perlaburan / Sumber Foto Hairi Md Shah.

 

ISKANDAR PUTERI — Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Sumber Manusia Negeri Johor, Mohd Hairi Mad Shah menafikan terlibat dalam sebarang program pelaburan menjanjikan pulangan modal.

 

Beliau akui menerima banyak mesej dan pertanyaan menerusi media sosial dan aplikasi pesanan, berhubung iklan berbayar yang menggunakan poster gambarnya bertajuk ‘Pelaburan Patuh Syariah’, baru-baru ini.

 

“Saya menafikan sekeras-kerasnya pernah atau sedang menjalankan program seperti ini menerusi Pejabat EXCO Belia, Sukan, Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Sumber Manusia Negeri Johor, mahupun menerusi Pejabat Pusat Khidmat Wakil Rakyat DUN Larkin.

 

“Selain menggunakan gambar saya tanpa kebenaran, pihak tidak bertanggunjawab ini juga sewenang-wenangnya menggunakan logo Jata Negara dan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) yang jelas bukan agensi di bawah portfolio saya,” kata beliau, hari ini.

 

Dengan penafian tersebut, Mohd Hairi berharap orang ramai tidak terpedaya dan terjebak dengan penipuan atau ‘scam’ yang dibuat pihak tidak bertanggungjawab.

 

“Pihak saya juga sudah membuat laporan ke atas iklan berbayar ini di platform media sosial,” kata beliau lagi.

 

#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor