INISIATIF NILAI TAMBAH SISTEM PENYAMPAIAN DAN PERKHIDMATAN


Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Sumber Manusia Negeri Johor, Mohd Hairi Mad Shah mengambil pendekatan menambahnilai sistem penyampaian serta perkhidmatan bermula 1 Mei lalu.

 

ISKANDAR PUTERI — Kecekapan sistem penyampaian menterjemahkan keberkesanan tadbir urus yang dapat memberikan manfaat kepada pemegang taruh dan masyarakat umum.

 

Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Sumber Manusia Negeri Johor, Mohd Hairi Mad Shah mengambil pendekatan menambahnilai sistem penyampaian serta perkhidmatan bermula 1 Mei lalu.

 

Beliau telah mengkhususkan lima hari bekerja bagi setiap portfolio yang dipertanggungjawab bagi membolehkan segala urusan berkaitan diberikan perhatian sewajarnya.

 

Bagi hari Ahad, dikhususkan untuk portfolio usahawan diikuti Isnin (koperasi), Selasa (sumber manusia), Rabu (belia) dan Khamis (sukan).

 

“Semua pegawai yang diletakkan sebagai ‘incharge’ mengikut portfolio masing-masing akan memastikan setiap hari didedikasikan khas untuk portfolio sebagaimana saya nyatakan.

 

“Tidak kira sama ada berkaitan urusan temu janji, program atau aktiviti, lawatan mahupun perkongsian maklumat di platform media sosial saya,” katanya.

 

Mohd Hairi berkata, bagi hari Jumaat dan Sabtu pula, didedikasikan hari tersebut untuk aktiviti dan program kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Larkin diwakilinya.

 

Terdahulu, beliau bersama warga pejabatnya mengadakan pertemuan dengan jabatan-jabatan di bawah portfolio sumber manusia di Wisma Persekutuan, dekat Johor Bahru, semalam.

 

Ujarnya, pelbagai pandangan, idea dan kolaborasi kerjasama dibincangkan selain mengemaskini perkembangan setiap jabatan terlibat.

 

#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor