KERAJAAN NEGERI KATALIS MASA HADAPAN RENDAH KARBON


(Dari kiri) Pengerusi JSC, Dato’ Ir. Hasni Mohammad bersama Ketua Eksekutif IRDA, Dato’ Dr. Badrul Hisham Kassim; wakil UNFCCC, Dr. Kusum Lata dan Pengarah (Pembangunan dan Perancangan Industri) Suruhanjaya Tenaga, Ir. Roslee Esman.

 

Peranan Kerajaan Johor dalam menjayakan pelaksanaan Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara (NETR) menjadi topik perbincangan sempena Persidangan Minggu Iklim Asia Pasifik 2023 (APCW 2023) kelmarin.

 

Sesi perbincangan bertajuk ‘Bagaimana Kerajaan Negeri dan Pihak Berkuasa Tempatan Boleh Menjadi Pemangkin Memacu Ke Arah Peralihan Tenaga’ itu melibatkan Pengerusi Pusat Kelestarian Johor (JSC), Dato’ Ir. Hasni Mohammad.

 

Turut bersama dalam sesi tersebut adalah bersama Ketua Eksekutif Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar (IRDA), Dato’ Dr. Badrul Hisham Kassim; wakil UNFCCC, Dr. Kusum Lata serta Pengarah (Pembangunan dan Perancangan Industri) Suruhanjaya Tenaga, Ir. Roslee Esman.

 

Dalam sesi berkenaan, kesemua panel bersetuju Kerajaan Negeri boleh memainkan peranan penting sebagai pemangkin peralihan masa hadapan rendah karbon dengan menarik pelaburan, melatih isi rumah dan perusahaan kecil menggunakan sistem solar ‘home-based’ dan meningkatkan kesedaran di kalangan penduduk.

 

Peluncuran NETR pada 27 Julai lalu, yang memberi tumpuan mentransformasi ekonomi dan mencipta peluang perniagaan berpotensi dalam sektor tenaga menyaksikan 10 inisiatif pemangkin utama dilancarkan untuk fasa pertama.

 

#BangsaJohor
#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor