JETCO CONNECT 2.0 MEMPERLUAS INDUSTRI PELANCONGAN JOHOR -SINGAPURA

Pejabat Ekonomi, Pelancongan dan Kebudayaan Johor (JETCO) telah menganjurkan JETCO Connect 2.0: Appreciation & Tourism Package Showcase yang menghimpunkan pemain industri pelancongan dari Johor dan Singapura, sekali gus dapat mempromosikan pakej pelancongan baharu serta mengeratkan lagi hubungan pelancongan antara kedua-dua wilayah.
#Singapura – Pejabat Ekonomi, Pelancongan dan Kebudayaan Johor (JETCO) telah menganjurkan JETCO Connect 2.0: Appreciation & Tourism Package Showcase yang menghimpunkan pemain industri pelancongan dari Johor dan Singapura, sekali gus dapat mempromosikan pakej pelancongan baharu serta mengeratkan lagi hubungan pelancongan antara kedua-dua wilayah.
Program ini dimulakan dengan Lawatan FAM dan Bengkel Pembangunan Produk yang berlangsung pada 12 dan 13 Ogos lalu, bagi membolehkan penggiat industri dari Singapura dapat merasai sendiri kepelbagaian pelancongan yang terdapat di Johor.
Ia juga secara tidak langsung menjadi antara platform terbaik bagi agensi pelancongan Singapura dan penggiat industri Johor untuk bersama-sama merancang pakej pelancongan yang bersesuaian dengan kehendak dan keperluan pasaran negara berkenaan.
Melalui JETCO Connect 2.0 kali ini, ia turut menampilkan sembilan pakej pelancongan hasil daripada proses pembangunan produk yang dilaksanakan secara kolaboratif dan seterusnya mampu membuka peluang baharu bagi perniagaan pelancongan di kedua-dua sempadan serta memperkukuh penglibatan perniagaan ke perniagaan (B2B).
Langkah ini sejajar dengan aspirasi Tahun Melawat Johor 2026 dan Tahun Melawat Malaysia 2026 bagi menyokong kedudukan Johor sebagai destinasi pelancongan pilihan bagi pelancong Singapura, di samping memperkukuh kerjasama rentas sempadan serta pertumbuhan mampan dalam industri pelancongan.
Terdahulu, YB Dato’ Ir. Hasni Mohammad, Pengerusi JETCO hadir ke Majlis Apresiasi dan Tourism Package Showcase JETCO Connect 2.0: Inisiatif Pembangunan dan Promosi Pelancongan Johor – Singapura.
Turut hadir ialah PYT Datin Paduka Anizan Siti Hajjar Adnin, Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Singapura; YBrs. Puan Norliza Md Zain, Pengarah Tourism Malaysia ke Singapura; YBhg. Tuan Mohd Shahrin Dato’ Rahmat, Ketua Pegawai Eksekutif JETCO dan YBrs. Encik Jeffri Munir, Ketua Pegawai Operasi Majestic Johor.
#JohorSafeZone
#JETCO
#VisitJohor2026
#TourismJohor
#BangsaJohor
#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor



