JMIX LIGHTNING TUMPASKAN PLN BERGELAR JUARA


JMIX Lightning dinobatkan sebagai juara kategori tertutup Kejohanan Bola Jaring Piala YAM Che’ Puan Besar Khaleeda selepas menumpaskan PLN dalam aksi perlawanan akhir, semalam.

 

ISKANDAR PUTERI — Pasukan JMIX Lightning dinobatkan sebagai juara kategori tertutup Kejohanan Bola Jaring Piala YAM Che’ Puan Besar Khaleeda selepas menumpaskan PLN dalam aksi perlawanan akhir, semalam.

 

Kemenangan tersebut menyaksikan JMIX Lightning menebus kekalahan kepada PLN selepas tumpas kepada pasukan itu dalam aksi di peringkat kumpulan C.

 

Pengurus JMIX Lightning, Nor Iqmal Nabil Rashid berkata, pasukan berpangkalan di Johor Bahru itu dibentuk pada tahun 2021 membuat persiapan bagi menghadapi pertandingan atau kejohanan secara mingguan.

 

“Kami akan membuat latihan mingguan, seminggu sekali pada setiap hari Rabu. Untuk persiapan (menjelang kejohanan), kami melakukan dua atau tiga perlawanan persahabatan dengan pasukan-pasukan yang bertanding di kejohanan ini.

 

“Prestasi pemain, saya sebagai pengurus sangat berpuas hati. Kami sebenarnya sasar untuk pergi akhir, jadi kami dapat menjuarai kejohanan ini. Rasa bangga, gembira (dengan kejayaan diraih),” kata beliau.

 

Pengurus JMIX Lightning, Nor Iqmal Nabil Rashid

 

Nor Iqmal berkata, daripada keseluruhan pasukan yang bertanding, JMIX Lightning menerima saingan hebat daripada lawan di pentas akhir iaitu PLN kerana kedua-duanya telah bertemu di peringkat kumpulan.

 

“Sebab sebelum ini, kami bertemu juga di peringkat kumpulan, kami kalah. Dan kami cuba buat sehabis baik pada perlawanan akhir dan kami menjuarai kejohanan.

 

“Strategi, kami banyak belajar daripada perlawanan-perlawanan sebelum itu. Strategi memang kita main sebagai satu pasukan,” kata beliau.

 

Kejayaan tersbeut menyaksikan JMIX Lightning menerima Piala Pusingan, Piala Iringan, Mock Cheque RM5,000, medal berserta sijil penyertaan yang disampaikan oleh Penaung DiRaja Persatuan Bola Jaring Negeri Johor, YAM Che’ Puan Besar Khaleeda.

 

Lain-lain keputusan, MBPJ BlackWidow menjuarai Kategori Terbuka Johor diikuti Tabika Kemas (Kategori Pra-Sekolah) dan Deaf South Johore (Kategori Kurang Upaya-Pendengaran).

 

#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor