JOHOR PERKASA TINDAKAN SELAMAT GELANDANGAN


YB Khairin-Nisa Ismail, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Negeri Johor (tengah) dalam operasi bersepadu yang dilakukan pada tengah malam tadi. | Foto MDJ Wira Anggara

 

Kerajaan Johor meningkatkan usaha menyelamatkan gelandangan termasuk menerusi pelaksanaan operasi bersepadu melibatkan pelbagai jabatan dan agensi di sekitar bandar raya Johor Bahru secara mingguan demi memastikan negeri ini, terus berada di landasan yang tepat bagi merealisasikan sasaran sifar golongan terbabit.

 

Bermula jam 12 tengah malam, operasi telah dilaksanakan dengan kerjasama Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Negeri Johor, Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Johor, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Johor dan Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) di tiga lokasi tumpuan iaitu Terminal Larkin Sentral, Legaran Segget dan Jalan Station.

 

Menerusi operasi yang dijalankan, seramai 34 gelandangan terdiri daripada 30 warganegara dan empat bukan warganegara disantuni seterusnya diselamatkan serta dibawa ke Anjung Singgah Yayasan Kebajikan Negara (YKN) Johor Bahru untuk tujuan pemprofilan dan ujian saringan air kencing sebelum ditempatkan pusat intervensi sosial berkenaan untuk sementara.

 

Terdahulu, operasi bersepadu gelandangan sekitar bandar raya Johor Bahru berakhir jam 4 pagi tadi itu disertai oleh YB Khairin-Nisa Ismail, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Negeri Johor serta YB Ling Tian Soon, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar Negeri Johor.

 

#BangsaJohor
#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor