JSLC TERUS LAHIR PEMIMPIN MASA DEPAN

JSLC merupakan inisiatif Kerajaan Negeri memberi pendedahan kepada pelajar cemerlang terpilih seluruh Johor mengasah kepimpinan, menambah daya pemikiran kritis dan meningkatkan keupayaan menyelesaikan masalah di peringkat lebih tinggi. | Foto MDJ Nurina Aisyah
#JohorBahru – Kerajaan Negeri komited dalam melahirkan generasi pemimpin muda masa hadapan berwawasan melalui Program Majlis Pemimpin Muda Johor (JSLC) yang kini memasuki Kohort ke-15 sejak diperkenalkan pada tahun 2009.
JSLC merupakan inisiatif Kerajaan Negeri memberi pendedahan kepada pelajar cemerlang terpilih seluruh Johor mengasah kepimpinan, menambah daya pemikiran kritis dan meningkatkan keupayaan menyelesaikan masalah di peringkat lebih tinggi.
Komitmen Kerajaan Negeri terhadap aspek pendidikan dan pembangunan bakat juga telah diterjemah menerusi JSLC yang bukan sahaja melahirkan pemimpin berkualiti malah membentuk generasi muda negeri ini berdaya saing dalam pelbagai bidang.
Sehingga ke hari ini, JSLC berjaya melahirkan lebih 400 alumni yang berpeluang menjalani pelbagai latihan dan kursus berkaitan kepimpinan selain meraih pendedahan antarabangsa menerusi lawatan ke institusi pendidikan di luar negara.
Dalam Belanjawan Johor 2025, YAB Dato’ Onn Hafiz Ghazi, Menteri Besar Johor mengumumkan sebanyak RM200,000 diperuntukkan untuk inisiatif JSLC bagi melaksanakan pelbagai program membentuk jati diri terpuji berpaksikan nilai-nilai Johor.
Terdahulu, YB Tuan Aznan Tamin, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan dan Penerangan Negeri Johor hadir menyempurnakan Majlis Penutup Latihan Kepimpinan JSLC : Pemimpin Korporat Muda melibatkan 20 ahli Kohort ke-13.
#OrangMudaJohor
#JohorLeads
#JSLC
#BangsaJohor
#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor