KARATE JOHOR BUKA TIRAI SAINGAN DENGAN DUA EMAS

Kem karate Johor membuka kempen dengan cemerlang pada hari pertama saingan Sukan Malaysia (SUKMA) XXII Selangor 2026 apabila meraih dua pingat emas di Ideal Convention Centre (IDCC).
#ShahAlam – Kem karate Johor membuka kempen dengan cemerlang pada hari pertama saingan Sukan Malaysia (SUKMA) XXII Selangor 2026 apabila meraih dua pingat emas di Ideal Convention Centre (IDCC), hari ini.
S. Vaissnavi membuka tirai emas selepas menewaskan R. Tharshinny, karateka Wilayah Persekutuan 5-2 dalam aksi final kumite individu wanita bawah 50 kilogram (kg).
Rentak kemenangan diteruskan A. Leidaneswaran yang menghadiahkan emas kedua menerusi kumite individu lelaki bawah 67kg selepas menundukkan Mohamad Haziq Mohammad Shamsudin, wakil Sarawak, 5-0.
Dua kejayaan berkenaan menyaksikan kem karate Johor memulakan saingan dengan bergaya sekali gus menyumbang dua lagi pingat emas kepada kontinjen negeri selain gangsa menerusi K. Mughambighai dalam acara kumite individu wanita 68kg.
Peluang menambah koleksi pingat masih terbuka apabila tujuh lagi karateka Johor dijadualkan turun beraksi esok menerusi acara kata individu lelaki dan wanita.
Selain itu, acara lain adalah kumite individu lelaki bawah 55kg dan 84kg, selain wanita bawah 55kg dan 61kg dalam usaha meneruskan pemburuan emas.
#JohorSafeZone
#Karate
#SUKMAXXII
#Selangor2026
#KontinjenJohor
#BangsaJohor
#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor


