KEPERLUAN PUSAT PENGUMPULAN BANTUAN SV MENCUKUPI


Timbalan Setiausaha Kerajaan Johor (Sukan, Belia dan Sukarelawan), Dato’ On Jabbar.

 

ISKANDAR PUTERI — Barangan keperluan dikumpulkan di Pusat Pengumpulan Bantuan Southern Volunteers (SV) untuk disalurkan kepada mangsa bencana negeri Johor termasuklah banjir baru-baru ini, adalah mencukupi.

 

Timbalan Setiausaha Kerajaan Johor (Sukan, Belia dan Sukarelawan), Dato’ On Jabbar berkata, sumbangan diterima daripada pelbagai pihak dan kemudiannya dibungkuskan kepada Kotak SV, menampung keperluan mangsa memerlukan.

 

“Setakat hari ini kita lihat dari segi barangan yang kita terima mencukupi untuk diberikan kepada mangsa-mangsa banjir.

 

“Setiap satu kotak akan kita berikan kepada setiap satu keluarga mangsa banjir dan persiapan tersebut saya libatkan sukarelawan SV yang mana barangan ini kita dapatkan daripada pihak GLC,” katanya.

 

Menceritakan lanjut mengenai bantuan diterima, On berkata, kerja-kerja penyusunan serta penyelarasan dilakukan di pejabat Sekretariat SUKMA Johor yang dijadikan sebagai Pusat Pengumpulan Bantuan SV.

 

“Bantuan kita perolehi daripada pihak GLC di negeri Johor, syarikat swasta, penderma umum serta orang awam.

 

“Kita sediakan barangan bantuan sebelum banjir dan sejak bulan November yang lalu ,saya sudah lakukan persiapan untuk kita sediakan ‘SV Box’,” katanya.

 

#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor