JELAJAH BELIA JOHOR @ PONTIAN MERIAH


Program Jelajah Belia Johor sebagai platform untuk mengangkat suara dan mengiktiraf peranan signifikan Orang Muda Johor. | Foto MDJ Wira Anggara

 

Pontian menjadi daerah pertama penganjuran Program Jelajah Belia Johor yang julung kali diadakan sebagai platform Kerajaan Negeri terus mengangkat suara dan mengiktiraf peranan signifikan Orang Muda Johor.

 

Malah program itu menjadi landasan kepada usaha pembentukan dan pengukuhan jati diri golongan berkenaan menerusi pameran Identiti Bangsa Johor yang memberi pendedahan sejarah kesultanan dan kedaulatan negeri.

 

Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Sumber Manusia Negeri Johor, Mohd Hairi Md Shah memaklumkan inisiatif menganjurkan program tersebut merupakan antara usaha mempersiapkan belia sebagai aset dan tunjang masa hadapan negeri ini.

 

Beliau yang mengetuai konvoi Jelajah Belia Johor @ Pontian memberitahu program dianjurkan menjadi platform mendengar aspirasi dan idea serta memahami naluri mereka dalam mencorak pembangunan negeri.

 

Terdahulu, Mohd Hairi meluangkan masa menziarahi belia yang diuji dengan musibah, menyantuni usahawan belia, melawat fasiliti sukan selain beraksi dalam perlawanan persahabatan bola sepak antara pasukan pilihannya dan Kolej Matrikulasi Kejuruteraan Johor.

 

Selain itu, turut diadakan acara Bicara Belia yang menampilkan beliau selaku panel bersama Timbalan Setiausaha Kerajaan Johor (Sukan Belia dan Sukarelawan), Dato’ On Jabbar; Presiden Majlis Belia Negeri Johor, Aznan Tamin dan Pegawai Daerah Pontian, Zainal Eran.

 

#BangsaJohor
#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor