RM45.7 JUTA BANTUAN DISALUR SEMPENA AIDILFITRI 2024


YAB Dato’ Onn Hafiz Ghazi, Menteri Besar Johor hari ini hadir ke lokasi Program Jualan Kasih Johor dan Penyampaian Sumbangan Aidilfitri Tahun 2024 Peringkat Negeri Johor di Dataran Dato’ Jalok, Benut. | Foto MDJ Nurina Aisyah

 

Kerajaan Negeri menyalurkan bantuan berjumlah RM45.7 juta yang dijangka memberi manfaat dan meringankan beban kira-kira 500,000 Bangsa Johor membuat persiapan menjelang perayaan Aidilfitri tahun ini.

 

Antara bantuan disalurkan adalah sumbangan hari raya berjumlah RM14.6 juta kepada 8,856 orang asnaf, fakir dan miskin serta Belanja Dapur Asnaf sebanyak RM3.6 juta untuk 12,000 keluarga.

 

Turut disampaikan Bantuan Khas Ramadan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) berjumlah RM3.4 juta kepada 34,000 penerima diikuti RM2 juta untuk Anak Angkat Makmur Johor 2024 dan pelbagai sumbangan.

 

Selain itu, Kerajaan Negeri juga menganjurkan program Jualan Kasih Johor (KASIH) sempena Aidilfitri di 60 lokasi di 56 kawasan DUN Johor melibatkan peruntukan keseluruhan berjumlah RM2 juta bermula 1 hingga 9 April ini.

 

Inisiatif menerusi FAMA Negeri Johor melibatkan hampir 500 usahawan itu menawarkan harga istimewa bagi bekalan makanan seperti ayam, telur, ikan, daging dan minyak masak selain sayur-sayuran dan buah-buahan.

 

Terdahulu, YAB Dato’ Onn Hafiz Ghazi, Menteri Besar Johor menyempurnakan pelancaran Program Jualan Kasih Johor dan Penyampaian Sumbangan Aidilfitri Tahun 2024 Peringkat Negeri Johor di Dataran Dato’ Jalok, Benut, hari ini.

 

#BangsaJohor
#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor