MANGSA BANJIR KOTA TINGGI BERTAMBAH


Keadaan sebuah rumah yang dinaiki air dalam kejadian banjir | Sumber Angkatan Pertahanan Awam Malaysia Negeri Johor.

 

ISKANDAR PUTERI — Jumlah mangsa banjir di Kota Tinggi menunjukkan peningkatan dengan pertambahan sembilan keluarga dan 19 penduduk di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Dewan Muafakat Bandar Penawar.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah dalam laporan setakat jam 4 petang tadi, sebanyak 20 keluarga terdiri 61 penduduk dari Taman Desaru Utama, Bandar Penawar telah ditempatkan di PPS tersebut.

Sementara itu, jumlah keluarga dan penduduk di tiga PPS lain iaitu PPS Dewan Kampung Baru Sungai Mas, Kota Tinggi serta Balairaya Kampung Batu Badak dan Balairaya Kampung Kuala Paya di Segamat adalah tidak berubah.

PPS Dewan Kampung Baru Sungai Mas menempatkan tujuh keluarga terdiri 26 penduduk dari Kampung Baru Sungai Mas.

PPS Balairaya Kampung Batu Badak menempatkan 11 keluarga dan 34 penduduk dari Kampung Seberang Batu Badak serta Kampung Batu 5.

Manakala PPS Kampung Kuala Paya pula menempatkan enam keluarga terdiri 27 penduduk dari Kampung Kuala Paya.

Secara keseluruhan, sebanyak 44 keluarga terdiri 148 penduduk telah dipindah dan ditempatkan di empat PPS di Segamat dan Kota Tinggi setakat ini.

 

#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor