MENTERI BESAR JOHOR NASIHAT RAKYAT PATUH ARAHAN PIHAK BERWAJIB


Menteri Besar Johor, Dato’ Onn Hafiz meminta Bangsa Johor mematuhi setiap arahan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa. | Ghazi Foto MDJ Wira Anggara

 

Bangsa Johor dinasihatkan supaya sentiasa bersiap siaga dan mematuhi setiap arahan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa dari masa ke semasa demi keselamatan mereka terutama ketika menghadapi musim tengkujuh.

 

Menteri Besar, Dato’ Onn Hafiz Ghazi memaklumkan, semua wakil rakyat dan pegawai daerah juga kini berada dalam situasi mod bersedia untuk berhadapan dengan sebarang kemungkinan berikutan keadaan cuaca yang tidak menentu.

 

Pada masa sama, beliau turut mendoakan situasi di negeri ini terus terkawal memandangkan fenomena air pasang besar dijangka tidak berlaku secara serentak dengan amaran cuaca hujan berterusan yang dijangka berlarutan sehingga Ahad ini.

 

Malah, persiapan rapi menghadapi Monsun Timur Laut (MTL) juga sudah dilaksanakan sejak November lalu menerusi beberapa siri mesyuarat koordinasi membabitkan pegawai daerah dan agensi keselamatan bagi memastikan bantuan dan gerak kerja dapat diselaraskan dengan sebaik mungkin.

 

Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) semalam mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap buruk di beberapa kawasan di Johor melibatkan daerah Segamat, Kluang, Mersing, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru sehingga Ahad ini.

 

#BangsaJohor
#MajuJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor