KERAJAAN JOHOR PRIHATIN ELAUN PETUGAS MASJID, SURAU


Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Negeri Johor, Mohd Fared Mohd Khalid hadir program Semarak Subuh bagi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Semerah di Masjid Jamek Dato’ Bentara Luar, Batu Pahat.

 

Seiring dengan strategi memperkukuh tadbir syiar Islam, Kerajaan Johor sentiasa menghargai dan mengiktiraf peranan petugas masjid dan surau terutama melibatkan elaun kepada Imam, Bilal dan Noja di negeri ini.

 

Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Negeri Johor, Mohd Fared Mohd Khalid memaklumkan Kerajaan Negeri sentiasa melakukan kajian bagi menambah baik bayaran elaun khususnya untuk Bilal dan Noja.

 

Pada masa sama, penghargaan kepada petugas masjid dan surau juga diterjemahkan menerusi pemberian insentif secara ‘one-off’ RM500 seorang kepada Imam, Bilal dan Noja seperti diumumkan dalam Belanjawan Johor 2023 dan 2024.

 

Selain itu, petugas masjid dan surau turut dicarumkan dengan Pertubuhan Kebajikan Sosial (PERKESO) sejak tahun lalu, namun masih berharap elaun berkenaan dapat ditambah baik Kerajaan pada tahun hadapan.

 

Untuk rekod, Kerajaan Negeri menguruskan pembayaran elaun kepada 3,113 Imam masjid dan surau, manakala 1,463 Imam pula dibayar elaunnya oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

 

Terdahulu, Mohd Fared yang juga Ahli Dewan Negeri Johor Kawasan Semerah hadir program Semarak Subuh bagi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Semerah di Masjid Jamek Dato’ Bentara Luar, dekat Batu Pahat, hari ini.

 

#BangsaJohor
#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor