PENDAFTARAN SEKOLAH AGAMA BERSEPADU (SRAB) KINI DIBUKA


Bahagian Pendidikan Islam (BPI) Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) kini membuka pendaftaran bagi kemasukan Darjah Satu Sekolah Rendah Agama Bersepadu (SRAB) bagi sesi persekolahan 2024 bermula 1 Januari hingga 31 Mac ini / Gambar Ihsan SRABJB

 

ISKANDAR PUTERI — Bahagian Pendidikan Islam (BPI) Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) kini membuka pendaftaran bagi kemasukan Darjah Satu Sekolah Rendah Agama Bersepadu (SRAB) bagi sesi persekolahan 2024 bermula 1 Januari hingga 31 Mac ini.

Dalam kenyataannya, BPI JAINJ memaklumkan segala borang permohonan dan pertanyaan berhubung perkara itu boleh dibuat dengan berhubung terus dengan pihak sekolah berhampiran pemohon.

Ibubapa diingatkan untuk mendaftar di Sekolah Agama Kerajaan Johor yang berhampiran bagi mengelakkan daftar lewat sekiranya tidak menerima tawaran kemasukan.

Pihak BPI JAINJ tidak lagi mengeluarkan surat jawapan dan tawaran tetapi sebaliknya ia akan disiarkan di laman sesawang semakan SRAB kelak.

Segala makluman berkaitan pendaftaran, tarikh temuduga, surat panggilan temuduga, surat tawaran jua akan disiarkan dalam laman sesawang yang sama.

Semakan permohonan SRAB akan diaktifkan pada atau selepas 1 Julai depan dan ibubapa boleh membuat semakan permohonan serta makluman terkini berkaitan ujian kelayakan di laman yang sama.

#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor