KPJ JOHOR SEDIA LOKAR KHAS BANTU PESAKIT TERIMA BEKALAN UBAT


Perkhidmatan PharXma-Loc memudahkan pesakit bagi mendapatkan ubat pada bila-bila masa.

 

Hospital Pakar KPJ Johor menyediakan perkhidmatan dikenali PharXma-Loc bagi memudahkan pesakit mendapatkan ubat secara berkala tanpa perlu lagi beratur di Jabatan Farmasi yang diletakkan dalam lokar khas dan boleh diambil pada bila-bila masa.

 

Ketua Pegawai Eksekutif Hospital Pakar KPJ Johor, Haliza Khalid memaklumkan perkhidmatan penyerahan ubat di peti loker itu merupakan yang pertama penggunaannya di hospital swasta di negeri ini, dan dikelolakan oleh Jabatan Farmasi hospital.

 

Teknologi terkini melalui pemerkasaan pendigitalan itu menyaksikan pesakit tidak perlu ke kaunter farmasi untuk menunggu giliran, sebaliknya boleh menghubungi Klinik Pakar Perubatan membuat pesanan ubat diinginkan sebelum menerima kata laluan dan nombor loker daripada pihak farmasi menerusi SMS.

 

Pesakit yang layak mendapatkan perkhidmatan itu adalah mereka yang memahami terapi perubatan sendiri, stabil dan memahami cara pengambilan ubat yang betul serta penerima rawatan dan preskripsi jangka masa panjang dengan syarat-syarat tertentu.

 

#BangsaJohor
#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor