PENGERUSI FELDA PUJI USAHA KERAJAAN JOHOR


Pengerusi FELDA, Dato’ Sri Ahmad Shabery Cheek berucap pada Majlis Penyerahan Hakmilik Peneroka Peringkat 2 dan 3 FELDA Bukit Easter, Kota Tinggi, semalam. | Foto MDJ Wira Anggara

 

Ikhtiar Kerajaan Johor dalam memastikan peneroka FELDA di negeri ini, menerima geran hak milik tanah mendapat pujian.

 

Pengerusi FELDA, Dato’ Sri Ahmad Shabery Cheek menzahirkan ucapan tahniah kepada Kerajaan Negeri atas komitmen memberikan hak milik kepada peneroka.

 

Sehingga kini, Kerajaan Johor sudah membantu 27,132 daripada 27,642 peneroka untuk menerima geran hak milik masing-masing melibatkan 73 tanah rancangan di negeri ini.

 

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penyerahan Hakmilik Peneroka Peringkat 2 dan 3 FELDA Bukit Easter, Kota Tinggi yang disempurnakan oleh Menteri Besar, Dato’ Onn Hafiz Ghazi.

 

Hadir sama, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Penerangan dan Komunikasi Negeri Johor, Norlizah Noh serta Ahli Dewan Negeri Johor kawasan Sedili, Muszaide Makmor.

 

Terdahulu, kira-kira 300 peneroka di gugusan FELDA Bukit Easter hari ini, menerima geran hak milik tanah masing-masing sekali gus mengakhir penantian selama 37 tahun.

 

#BangsaJohor
#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor