312 GENERASI KEDUA FELDA TENGGAROH 1 TERIMA HAK MILIK TANAH


Menteri Besar, Dato’ Onn Hafiz Ghazi di Majlis Penyerahan Hakmilik Tapak Bangunan (Rumah Kediaman) Generasi Kedua FELDA Tenggaroh 1, hari ini. | Foto MDJ Wira Anggara

 

Terpancar raut wajah penuh kesyukuran dan kegembiraan 312 generasi kedua FELDA Tenggaroh 1, Mersing apabila menerima hak milik tanah masing-masing untuk membangunkan kediaman sendiri sekali gus mengakhiri penantian selama empat tahun.

 

Penyampaian hak milik berkenaan disempurnakan oleh Menteri Besar, Dato’ Onn Hafiz Ghazi pada Majlis Penyerahan Hakmilik Tapak Bangunan (Rumah Kediaman) Generasi Kedua FELDA Tenggaroh 1 di Dewan Semai Bakti FELDA Tenggaroh 1, di sini, pagi tadi.

 

Selain itu, beliau turut mengumumkan peruntukan RM300,000 yang akan diberikan secara berfasa dengan pendahuluan RM100,000 untuk disalurkan bagi tujuan kerja pembersihan kawasan dan pengukuran lot tanah pembinaan rumah generasi kedua terbabit dalam masa terdekat.

 

Hadir sama, Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Alam Sekitar, Warisan dan Budaya Negeri Johor yang juga Ahli Dewan Negeri Johor kawasan Tenggaroh, K. Raven Kumar serta Pentadbir Tanah Mersing, Abdul Hakim Abd. Manap.

 

#BangsaJohor
#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor