PIS-MPM KOLABORASI JAYAKAN FLLSPG 2024


Majlis Pelayang Malaysia dan PIS memeterai Sijil Kolaborasi (CoC) sempena penganjuran Festival Layang-Layang Sedunia Pasir Gudang (FLLSPG) 2024. | Foto Politeknik Ibrahim Sultan

 

Majlis Pelayang Malaysia dan Politeknik Ibrahim Sultan (PIS) memeterai Sijil Kolaborasi (CoC) bagi membentuk kerjasama sempena penganjuran Festival Layang-Layang Sedunia Pasir Gudang (FLLSPG) 2024 pada 24 Februari hingga 3 Mac 2024.

 

Majlis menandatangani CoC itu disempurnakan oleh Presiden Majlis Pelayang Malaysia merangkap Yang Dipertua Persatuan Pelayang Johor, Dato’ A. Rahim Nin dan Pengarah PIS, Ulaimi Yahya pada 10 Januari lalu.

 

Penglibatan PIS sebagai rakan kolaborasi pada FLLSPG 2024 yang bertemakan Budaya Dinamik dengan sasaran kira-kira 500,000 pengunjung dari dalam dan luar negara adalah dalam bentuk penyediaan rekaan logo rasmi festival selain kepelbagaian gerak kerja mahupun pengelolaan aktiviti.

 

#BangsaJohor
#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor