PKPJ TEROKA POTENSI KOLABORASI BERSAMA MPC


Pihak PKPJ semasa dalam perbincangan bersama MPC secara atas talian, semalam. / Foto ihsan Facebook Perbadanan Kemajuan Perumahan Negeri Johor.

 

ISKANDAR PUTERI — Perbadanan Kemajuan Perumahan Negeri Johor (PKPJ) semalam mengadakan satu perbincangan bersama Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) bagi melihat potensi kerjasama yang boleh dijayakan secara bersama.

 

Dalam kenyataan di laman Facebook rasminya, PKPJ menjelaskan perbincagan itu juga seiring dengan langkah transformasi dan rejuvenasi yang dilaksanakan oleh organisai milik Kerajaan Negeri Johor berkenaan.

 

Menerusi perbincangan yang diadakan secara dalam talian itu, PKPJ telah mengambil inisiatif untuk mengadakan dialog bersama MPC yang juga agensi yang berperanan dalam memacu produktiviti serta daya saing negara dalam pelbagai peringkat.

 

Ia juga akan memfokuskan kepada kaedah dan intipati bersesuaian termasuk ke arah pensijilan, pengiktirafan sewajarnya atas daya kerja, pemurnian proses kerja, penyampaian perkhidmatan dan pendigitalan perkhidmatan dalam usaha meremajakan PKPJ.

 

Pada sesi perbincangan itu, PKPJ diwakili Ketua Pegawai Operasinya, Mohd Anizam Jamian manakala MPC pula diwakili Timbalan Pengarah (Seksyen Daya Saing), Shariza Bahari.

 

Melalui kolaborasi ini juga, PKPJ komited untuk sentiasa memperkukuh organisasi dari pelbagai aspek bagi memastikan kecemerlangan penyampaian perkhidmatan dapat diberikan kepada semua pemegang taruh.

 

#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor