PROGRAM JOHOR BERSIH DITERIMA MASYARAKAT


Inisiatif kerajaan negeri memupuk tabiat penjagaan kebersihan sebagai amalan kehidupan seharian melalui program Johor Bersih mendapat reaksi positif oleh masyarakat. | Foto MDJ, Imran Razib

 

JOHOR BAHRU — Inisiatif kerajaan negeri memupuk tabiat penjagaan kebersihan sebagai amalan kehidupan seharian melalui program Johor Bersih mendapat reaksi positif oleh masyarakat.

 

Program dilancarkan Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi pada Julai 2022 itu dilaksanakan di negeri ini, dengan hampir 300 tan sampah dipungut dalam tempoh setahun hanya di kawasan Johor Bahru sahaja.

Ahli Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP), Tan Hiang Kee, 39, berkata, program murni itu perlu digembeling dan dijayakan secara bersama oleh semua pihak.

 

Ahli Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP), Tan Hiang Kee, 39, berkata, program murni itu perlu digembeling dan dijayakan secara bersama oleh semua pihak.

 

”Memang program ini satu program yang baik dan amat digalakkan. Tetapi, ia memerlukan kerjasama semua pihak pada setiap masa, bukan sahaja pada program rasmi seperti ini.

 

”Sebagai Ahli Majlis, sudah pasti saya bertanggungjawab mendidik masyarakat di zon seliaan saya untuk memastikan ada kesedaran dalam diri mereka untuk menjaga kebersihan alam sekitar,” katanya ketika ditemui pada program Gotong Royong Johor Bersih Perdana kelmarin.

 

 

 

 

Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam, Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ), Hairul Hazwani berkata, pihak MAINJ menerusi Briged Ansar berusaha mendekati masyarakat agar lebih ramai terlibat menjayakan Johor Bersih.

Bagi Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam, Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ), Hairul Hazwani berkata, pihak MAINJ menerusi Briged Ansar berusaha mendekati masyarakat agar lebih ramai terlibat menjayakan Johor Bersih.

 

”MAINJ sentiasa menyokong dan terlibat dengan program-program pembersihan anjuran kerajaan. Kami terlibat dengan kerja-kerja pembersihan pasca banjir, pembersihan Sungai Tiram dan juga di Legaran Sungai Segget ini.

 

”Kami juga kini giat berusaha untuk mendekati masyarakat supaya lebih ramai yang akan turun sama-sama bantu menjayakan Johor Bersih,” katanya.

 

 

 

 

 

Khairul Nizam berkata, penglibatan semua agensi dan jabatan kerajaan negeri sangat digalakkan bagi memupuk semangat keharmonian dalam kalangan penjawat awam.

Sementara itu, Khairul Nizam berkata, penglibatan semua agensi dan jabatan kerajaan negeri sangat digalakkan bagi memupuk semangat keharmonian dalam kalangan penjawat awam.

 

”Sangat bagus jika program (Gotong Royong Johor Bersih) dibuat setiap minggu dan dapat penglibatan dari semua jabatan dan agensi dapat turun beramai-ramai.

 

”Melalui ini, kita semua dapat kenal satu sama lain dan memupuk keharmonian antara kita. Malah, dapat memudahkan kerja-kerja pembersihan bukan sahaja di sekitar bandar, tetapi juga di kampung-kampung,” katanya.

 

Program Gotong Royong Johor Bersih Perdana berlangsung di Legaran Sungai Segget, pada Ahad lalu menyaksikan penyertaan hampir 1,500 orang daripada pelbagai agensi dan jabatan kerajaan serta pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

 

Johor Bersih merupakan kempen kerajaan negeri di bawah Teras Kelima Agenda Maju Johor iaitu Keselamatan, Kebersihan dan Alam Sekitar.

 

#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor