BELIA HARI INI BUKAN SEPERTI DAHULU – EXCO JOHOR


Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Sumber Manusia Negeri Johor, Mohd Hairi Mad Shah berucap pada program pertemuan bersama Majlis Belia Negeri Johor (MBNJ) dan Majlis Belia Daerah (MBD) di Tunku Mahkota Ismail Youth Centre (TMIYC) Hutan Bandar Johor Bahru, semalam | Sumber Foto Facebook Hairi Md Shah.

 

ISKANDAR PUTERI — Kepimpinan baharu Majlis Belia Negeri Johor (MBNJ) dan Majlis Belia Daerah (MBD) Negeri digesa untuk ‘berfikir luar kotak’ untuk mendekati belia di negeri ini.

 

Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Sumber Manusia Negeri Johor, Mohd Hairi Mad Shah berkata, beliau mencadangkan pihak MBNJ untuk bertindak kreatif iaitu cara yang terbaik untuk ‘memikat’ belia.

 

“Apa yang saya tekankan dan mahu MBNJ lakukan ialah untuk lebih kreatif dan ‘berfikir luar kotak’. Ia dilihat sebagai cara yang terbaik untuk mendekati belia dan bukan hanya dengan aktiviti yang kebiasaannya sudah dilakukan.

 

“Kumpulan-kumpulan belia yang ada pada hari ini bukan seperti dahulu kerana persekitaran mereka kini lebih dinamik dan pemikiran mereka juga sering dicorakkan oleh persekitaran,” katanya.

 

Beliau berkata demikian ketika mengadakan program pertemuan bersama kedua-dua pihak MBNJ dan MBD di Tunku Mahkota Ismail Youth Centre (TMIYC) Hutan Bandar Johor Bahru, semalam.

 

Terdahulu, EXCO yang memegang porfolio belia itu hadir ke Majlis Ramah Mesra Aidilfitri Jabatan Belia dan Sukan (JBS) Negeri Johor dan MBNJ di KOMBES, Larkin.

 

Justeru, Mohd Hairi berkata, beliau yakin kepimpinan baharu MBNJ diterajui oleh Aznan Tamin selaku presiden dan juga barisan kepimpinan MBNJ dapat menyahut saranan ini, malah terus bersama-sama dengan saya bagi memberikan sesuatu yang bermakna buat Orang Muda Johor,” tambahnya.

 

#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor