PUSAT WARISAN INDIA JOHOR TARIKAN BAHARU PELANCONG


Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, pusat warisan tersebut yang mempunyai keunikan tersendiri juga mampu meningkatkan sosioekonomi setempat | FOTO ihsan Facebook Onn Hafiz Ghazi

ISKANDAR PUTERI — Pusat Warisan India Johor berupaya menjadi tarikan pelancong dan memberikan kesan positif kepada ekonomi di negeri ini.

 

Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, pusat warisan tersebut yang mempunyai keunikan tersendiri juga mampu meningkatkan sosioekonomi setempat.

 

“Saya kagum kerana keunikan Pusat Warisan India ini terserlah dengan mempamerkan pelbagai artifak sejarah tradisi masyarakat India, menerusi kesepakatan dengan jawatankuasa Arulmigu Rajamariamman Devasthanam (ARMD).

 

“Saya percaya dengan pembukaan Pusat Warisan India ini akan menarik lebih ramai pelancong, dari dalam mahupun luar negeri, seterusnya mampu merancakkan ekonomi setempat, serta membantu meningkatkan sosioekonomi bandar Johor Bahru,” kata beliau di Facebook rasminya.

 

Terdahulu, Menteri Besar Johor menyempurnakam perasmian Pusat Warisan India Johor semalam. Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Alam Sekitar, Warisan dan Budaya Negeri Johor, K. Raven Kumar.

 

Hadir sama, Datuk Bandar Majlis Bandaraya Johor Bahru, Dato’ Mohd Noorazam Osman; ADUN Kemelah, N. Saraswati; Pengerusi Yayasan Sultanah Rogayah, Dato’ R. Sugumaran; Pengerusi Jawatankuasa Induk Pusat Warisan India Johor Bahru, K. Kiruppalani serta Presiden Kuil ARMD, V. Raja Selan.

 

Onn Hafiz turut berkeyakinan hubungan baik antara kaum akan menguatkan lagi keharmonian antara rakyat dan barisan kepimpinan agar hasrat menjadikan Johor sebuah negeri maju menjelang 2030 tercapai.

 

#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor