RANHILL SAJ DIARAH TANGANI ISU BEKALAN AIR


Persediaan OPS Aidilfitri 2024

 

Kerajaan Johor sentiasa memandang serius isu ketiadaan air yang menyebabkan gangguan bekalan untuk kegunaan harian rakyat dan sektor industri di beberapa daerah di negeri ini.

 

YAB Dato’ Onn Hafiz Ghazi, Menteri Besar Johor telah mengarahkan operator perkhidmatan air Johor, Ranhill SAJ Sdn. Bhd. (Ranhill SAJ) membuat segala persiapan bagi menangani isu berkenaan.

 

Beberapa langkah akan dan sedang diambil ke atas isu yang berlaku berikutan cuaca panas sepanjang Mac sehingga kini, mengakibatkan paras air di empangan dan tangki air menurun di beberapa kawasan.

 

Antaranya, inisiatif pengolahan sistem bekalan air Loji Rawatan Air (LRA) Layang 2 yang akan menyelesaikan masalah di kawasan Kempas, Bukit Indah dan Pandan serta pemasangan pam penggalak di tangki Mengkibol.

 

Selain itu, pengoperasian ‘in-line injection’ sebagai bekalan air tambahan melalui pili bomba; projek menaik taraf sistem agihan sepanjang 1.4 kilometer ke tangki Layang-Layang serta cadangan alternatif pam pontoon di Empangan Sembrong Barat untuk abstrak air mentah ke LRA Sembrong Barat bagi meningkatkan pengeluaran air terawat.

 

Di samping itu, Ranhill SAJ turut bersiap siaga untuk OPS Aidilfitri 2024 yang akan bermula pada 3 hingga 17 April ini di mana sebanyak 27 lori tangki air dan 294 tangki air statik akan dipasang di beberapa kawasan ‘hotspot’ seluruh Johor.

 

Kerajaan Johor juga menzahirkan komitmen prosedur operasi standard (SOP) untuk menangani isu ketiadaan air akan disemak dan ditambahbaik agar bekalan di negeri ini, stabil serta tidak terganggu terutama Aidilfitri tiba tidak lama lagi.

 

#BangsaJohor
#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor