SETIAUSAHA KERAJAAN JOHOR SERIKAN PROGRAM BERKONSEPKAN ‘ME TIME’ PUSPANITA JOHOR


YB Tan Sri Dato’ Dr. Haji Azmi Rohani, Setiausaha Kerajaan Johor ceria melakukan aktiviti sukan dan permainan anjuran PUSPANITA Kluang. | Foto MDJ Dania Farisya

 

Program Rapatkan Saf Persatuan Suri dan Anggota Wanita Perkhidmatan Awam Malaysia (PUSPANITA) Cawangan Negeri Johor Daerah Kluang Tahun 2024 berlangsung meriah dengan pelbagai aktiviti menarik yang diadakan.

 

Lebih istimewa, program diadakan di Taman Agro Teknologi MARDI, Kluang itu turut diserikan dengan kehadiran YB Tan Sri Dato’ Dr. Haji Azmi Rohani, Setiausaha Kerajaan Johor yang juga Penasihat PUSPANITA Cawangan Negeri Johor.

 

Bermula jam 8.30 pagi, aktiviti bermula dengan senamrobik diikuti dengan ‘permainan berstesen’ yang memerlukan peserta menjawab kuiz atau ‘puzzle’ selain pertandingan masak nasi goreng dan gubahan tuala.

 

Program dianjurkan menjadi wadah mengukuhkan semangat berpasukan dan mengeratkan ukhwah serta kemesraan dalam kalangan warga PUSPANITA Cawangan Negeri Johor pimpinan isteri Setiausaha Kerajaan Johor, YDH Puan Sri Datin. Dr. Hajah Noor Azizah Abdul Latif selaku pengerusinya.

 

Turut hadir, YB Dato’ On Jabbar, Timbalan Setiausaha Kerajaan Johor (Sukan, Belia dan Sukarelawan); YBhg. Mohd Rafi Abdullah, Pegawai Daerah Kluang serta YBhg. Shamsiah Md Noh, Pengerusi PUSPANITA Cawangan Daerah Kluang.

 

#BangsaJohor
#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor