SOUTHERN VOLUNTEERS LAKSANA MISI PASCA BANJIR


Timbalan Setiausaha Kerajaan Johor (Belia, Sukan dan Sukarelawan), Dato’ On Jabbar bersama sukarelawan Southern Volunteers (SV) melaksanakan gerak kerja misi pasca banjir di bangunan awam di Kluang.

 

ISKANDAR PUTERI — Sukarelawan Southern Volunteers (SV) menumpukan bantuan dan kerja pembersihan kediaman mangsa banjir di Negeri Johor, terutama di daerah yang terjejas.

 

Selain itu, tumpuan gerak kerja pasca banjir turut diberikan kepada pembersihan bangunan dan premis awam.

 

Kerja pembersihan secara berfasa mengikut kesesuaian dan keperluan oleh pasukan SV diteruskan di daerah Kluang, hari ini, diketuai Timbalan Setiausaha Kerajaan Johor (Belia, Sukan dan Sukarelawan), Dato’ On Jabbar.

 

Lokasi yang diberikan tumpuan kerja pembersihan adalah Dewan Serbaguna Kampung Contoh Kahang dan Pusat Pemulihan Komuniti (PDK) Pekan Kahang.

 

Turut menyertai kerja pembersihan yang bermula jam 9.30 pagi hingga 4.30 petang, adalah pasukan SV Negeri Johor, SV Kluang, SV Majlis Perbandaran Kluang, Pejabat Daerah Kluang dan belia setempat.

 

Misi yang sama Pasca Banjir ini akan juga dilaksanakan di daerah-daerah seperti Muar, Tangkak, Batu Pahat dan Kota Tinggi.

 

#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor