SUKAN BANGSA JOHOR KINI BERMULA


Foto Ihsan DUN Yong Peng.

 

Jun sememangnya menjadi antara bulan yang amat dinantikan oleh rakyat di negeri ini khususnya peminat sukan apabila Sukan Bangsa Johor 2024 mula membuka tirainya.

 

Memasuki edisi ketiga penganjurannya, Sukan Bangsa Johor yang dibawakan khas oleh Pejabat Timbalan Setiausaha Kerajaan Johor (Sukan, Belia dan Sukarelawan) ini turut menerima sambutan hangat masyarakat khususnya golongan muda di semua 56 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor.

 

Acara tahunan yang bermatlamat untuk memupuk orang muda Johor yang aktif, mempromosi gaya hidup yang sihat dan merakyat sukan itu secara tidak langsung merealisasikan hasrat Kerajaan Johor untuk melahirkan Bangsa Johor yang sihat, cergas dan berketerampilan.

 

Sukan Bangsa Johor ini akan melibatkan empat acara sukan utama iaitu Bola Keranjang (3on3), Sepak Takraw, Futsal dan Bola Jaring. Istimewanya kali ini ialah pertunjukkan sukan Kabaddi yang dibawakan khas oleh Persatuan Kabaddi Johor.

 

Pada peringkat awal ini, semua acara sukan ini akan dilaksanakan di setiap 56 DUN bagi memilih pemenang. Pasukan yang menjadi johan pada peringkat ini akan mewakili DUN masing-masing untuk bertanding ke peringkat negeri kelak.

 

Kejohanan Sukan Bangsa Johor kali ini juga bakal menampilkan sedikit kelainan berbanding edisi sebelumnya dan selain itu, daerah Kluang dipilih menjadi tuan rumah bagi kejohanan kali ini dan dijangka berlangsung pada 29 dan 30 Jun ini.

 

#SukanBangsaJohor
#SukanMDJ
#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor