Tag Archive for: Bangsa Johor

ISKANDAR MALAYSIA RAIH RM41.4 BILION PELABURAN KOMITED

  #IskandarPuteri – Wilayah pembangunan Iskandar Malaysia berjaya merekodkan pelaburan komited bernilai RM41.4 bilion pada tahun 2024, meningkat sebanyak 11 peratus berbanding RM37.2 bilion pada tahun sebelumnya, sekali gus menjadikannya sebagai nilai pelaburan tertinggi yang pernah diraihnya sejak koridor ekonomi itu diwujudkan.   Daripada jumlah signifikan itu, pelaburan yang telah direalisasikan berjumlah RM26.7 bilion, manakala […]

GURU KAUNSELOR BERPERANAN BANGUNKAN BAKAT NEGERI JOHOR

  #IskandarPuteri – Seramai 1,100 guru Bimbingan dan Kaunseling dari seluruh sekolah di Johor hadir dalam sesi libat urus bersama Majlis Pembangunan Bakat Johor (JTDC) bagi memperkukuh peranan mereka dalam menyumbang kepada pembangunan modal insan di negeri ini.   Sebagai antara ‘nadi kerjaya’ di sekolah, guru kaunselor juga berperanan besar dalam memberi bimbingan serta membantu […]

SEKOLAH HOSPITALITI DAN PELANCONGAN KYPJ SEDIA DINAIK TARAF

  #KotaTinggi – Kerajaan Negeri komited melahirkan bakat dan tenaga kerja mahir yang memenuhi keperluan industri dengan menaik taraf fasiliti Sekolah Hospitaliti dan Pelancongan di Kolej Yayasan Pelajaran Johor (KYPJ).   Bagi tujuan tersebut, sebanyak RM1 juta diperuntukkan Kerajaan Negeri dalam Belanjawan Johor 2025 untuk meningkatkan kualiti pendidikan dan latihan di samping menyediakan kemudahan yang […]

SEMANGAT SYAWAL SATUKAN BANGSA JOHOR

  #JohorBahru – Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri 2025M/1446H Menteri Besar Johor berlangsung meriah dengan kehadiran ribuan rakyat terdiri pelbagai kaum menyambut 1 Syawal bersama YAB Dato’ Onn Hafiz Ghazi dan isteri, YAD Datin Sharmin Fazlina Mohd Shukor.   Sepanjang majlis berlangsung di Saujana, Kediaman Rasmi Menteri Besar Johor, suasana penuh kemesraan, keakraban dan semangat perpaduan […]

RIBUAN SAMBUT AIDILFITRI DI KEDIAMAN RASMI SETIAUSAHA KERAJAAN JOHOR

  #JohorBahru – Ribuan Bangsa Johor mengambil kesempatan cuti umum pada 1 Syawal dengan berkunjung ke Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri 2025M/1446H Setiausaha Kerajaan Johor di Kediaman Rasmi Setiausaha Kerajaan Johor, hari ini.   Majlis bermula jam 10 pagi hingga 2 petang itu menyaksikan orang ramai terdiri daripada pelbagai kaum, agama dan usia tidak […]

LEBIH RM1.6 BILION TINGKAT KAPASITI BEKALAN AIR JOHOR

  #IskandarPuteri – Kerajaan Negeri terus memperkukuh kerjasama erat bersama Kerajaan Persekutuan dalam memastikan projek bekalan air terjamin dan tebatan banjir di negeri ini, dapat disiapkan mengikut jadual demi manfaat serta kesejahteraan Bangsa Johor.   Beberapa inisiatif jangka masa pendek, sederhana dan panjang sedang dan akan dilaksanakan bagi memastikan kelestarian bekalan air di Johor termasuk […]

RANHILL SAJ PASTIKAN BEKALAN AIR CUKUP AIDILFITRI INI

  #IskandarPuteri – Ranhill SAJ Sdn. Bhd. (Ranhill SAJ) bakal menggerakkan operasi khas sempena perayaan Aidilfitri 2025 bermula 24 Mac ini bagi mengurangkan risiko gangguan dan memastikan bekalan air mencukupi pada musim perayaan.   Pengendali air Johor itu sudah mengenal pasti kawasan hotspot berpotensi mengalami gangguan bekalan berikutan peningkatan mendadak pengguna dengan mengaktifkan pelan kecemasan […]

JUALAN KASIH JOHOR AIDILFITRI TAWAR POTONGAN HARGA HINGGA 70 PERATUS

  #IskandarPuteri – Kerajaan Negeri meneruskan pelaksanaan Jualan Kasih Johor sempena Aidilfitri Tahun 2025 di 57 lokasi meliputi seluruh kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi membantu mengurangkan kos sara hidup rakyat terutama menjelang perayaan bermula 22 hingga 29 Mac ini.   Pelancaran inisiatif dengan kerjasama Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) Negeri Johor menawarkan potongan harga […]

UEM SUNRISE DAN GUOCOLAND METERAI JALINAN KERJASAMA STRATEGIK

  #IskandarPuteri – Pemaju hartanah terkemuka negara, UEM Sunrise Berhad menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dengan kumpulan hartanah berpangkalan di Singapura, GuocoLand Ltd. bagi memacu pembangunan Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) dan mengukuhkan kedudukan Iskandar Puteri sebagai hab ekonomi utama.   Perjanjian MoU untuk pembangunan bersama bank tanah pegangan bebas terpilih UEM Sunrise di Iskandar Puteri […]

iSPOC: INDUSTRI SAWIT PERTAMA GUNA SUMBER BOLEH DIPERBAHARUI

  #KotaTinggi – Rancangan projek pembangunan Kompleks Minyak Sawit Mampan Bersepadu (iSPOC) oleh Johor Plantations Group Berhad (JPG) di Pasir Logok, Kota Tinggi dilihat bakal mencipta kira-kira 250 peluang pekerjaan, sekali gus memberi impak positif kepada komuniti tempatan melalui Program Inklusiviti Pekebun Kecil yang kini sudah memanfaatkan 289 pekebun kecil di Johor.   Projek pembangunan […]