Tag Archive for: johor

IRDA LANCAR IMSTATURE

  ISKANDAR PUTERI — Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar Malaysia (IRDA) memperkenalkan Program Iskandar Malaysia Sustainable Tourism Upskilling & Reskilling (IMSTATURE) yang akan memberi manfaat kepada lebih 1,000 modal insan dalam sektor pelancongan. Program IMSTATURE ini secara tidak langsung akan menjadi usaha terbaharu bagi menggalakkan pemulihan ekonomi dan sosial pasca pandemik Covid-19 sebelum ini. Dalam […]

7O SERTAI BENGKEL PEMANTAPAN MALIM GUNUNG PERHUTANAN JOHOR

  ISKANDAR PUTERI — Seramai 70 malim gunung menyertai Bengkel Pemantapan Malim Gunung Perhutanan Johor dan Penyediaan Prosedur Operasi Standard (SOP) yang diadakan di Hotel Millisime, Johor Bahru. Bengkel berkenaan turut disertai oleh 20 warga warga Jabatan Perhutanan Negeri Johor bagi mengukuhkan lagi institusi malim gunung di negeri ini. Bengkel yang dirasmikan oleh Pengarah Jabatan […]

ENAM PPS BEROPERASI SUSULAN BANJIR TIGA DAERAH

  ISKANDAR PUTERI — Jumlah mangsa banjir di Negeri Johor terus menunjukkan peningkatan dengan pengoperasian enam Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di tiga daerah yang terjejas akibat banjir. Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah memaklumkan setakat jam 8 pagi tadi, keseluruhan sebanyak 48 keluarga terdiri 178 penduduk di Segamat, Kota Tinggi dan terbaharu, Mersing ditempatkan di enam PPS […]

MKN JOHOR ANJUR PROGRAM BERSIH PANTAI, TAKLIMAT DASAR NEGARA

  ISKANDAR PUTERI — Majlis Keselamatan Negara (MKN) Johor telah mengadakan Program Gotong Rotong Membersihkan Pantai Peringkat Daerah Mersing di Teluk Gorek, Tanjung Resang, Mersing. Pada program itu, MKN Johor dengan kerjasama Pejabat Daerah Mersing turut mengadakan Taklimat Dasar Keselamatan Negara 2021-2025 yang turut dihadiri oleh pelbagai agensi kerajaan peringkat negeri dan persekutuan. Dalam kenyataan […]

MANGSA BANJIR KOTA TINGGI BERTAMBAH

  ISKANDAR PUTERI — Jumlah mangsa banjir di Kota Tinggi menunjukkan peningkatan dengan pertambahan sembilan keluarga dan 19 penduduk di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Dewan Muafakat Bandar Penawar. Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah dalam laporan setakat jam 4 petang tadi, sebanyak 20 keluarga terdiri 61 penduduk dari Taman Desaru Utama, Bandar Penawar telah ditempatkan di PPS […]

KOTA TINGGI DAERAH TERBARU TERJEJAS BANJIR

  ISKANDAR PUTERI — Kota Tinggi menjadi daerah terbaru di Negeri Johor yang dilanda banjir dengan dua Pusat Pemindahan Sementara (PPS) dibuka, hari ini. Dua PPS tersebut adalah Dewan Kampung Baru Sungai Mas dan Dewan Muafakat Bandar Penawar yang dibuka 9.30 pagi tadi. Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah memaklumkan setakat jam 2 petang tadi, sebanyak 35 […]

PPB UTHM DORONG PELAJAR LUAR BANDAR KUASAI BAHASA INGGERIS

BATU PAHAT — Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) menerusi Pusat Pengajian Bahasa (PPB) mengadakan program khidmat sosial ‘English Language Public Speaking’ bersama pelajar Sekolah Kebangsaan (SK) Felda Ayer Hitam. Program berkenaan diadakan bagi memberi peluang kepada penduduk di kawasan luar bandar untuk turut sama terbabit dalam aktiviti yang dilaksanakan oleh UTHM. Pensyarahnya, Dr Zulida […]

PEMBANGUNAN PELAN STRATEGIK PENDIGITALAN PACU HALA TUJU 5 TAHUN

  ISKANDAR PUTERI — Majlis ‘Kick-Off’ dan Bengkel Pembangunan Pelan Strategik Pendigitalan (PSP) Pejabat Setiausaha Kerajaan Johor (PSUKJ) dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Negeri Johor 2023-2027 telah berlangsung semalam. Ketua Pegawai Maklumat (CIO) Negeri Johor, Dato’ Mohamed Ridha Abdul Kadir berkata, PSP amat diperlukan bagi memandu hala tuju strategik pelaksanaan pendigitalan Kerajaan Johor selaras dengan […]

PROGRAM JOM BUDAYAKAN RENDAH KARBON SECARA PANDU LALU DI SUTERA MALL

  ISKANDAR PUTERI — Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP) dengan kerjasama Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar Malaysia (IRDA) akan menganjurkan program Pandu Lalu Iskandar Puteri Rendah Karbon bermula hari ini dan esok. Program yang turut dilaksanakan dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri Johor dan SWM Environment Sdn Bhd itu akan dilaksanakan […]

KERJA PENURAPAN JALAN DI HSAJB HINGGA 20 DISEMBER INI.

  ISKANDAR PUTERI — Kerja penurapan jalan di Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru (HSAJB) akan dilaksanakan secara berperingkat mulai hari ini sehingga 20 Disember depan. Dalam notis yang dimuat naik dalam laman sosial Facebook rasminya berkata, kerja penurapan jalan itu akan dilaksanakan di HSAJB mengikut empat fasa dan akan dilakukan pada tempoh yang ditetapkan. “Bagi […]