GRADUAN KUIJSI KINI IMAM DI MASJID TEMENGGONG DAENG IBRAHIM
Siapa sangka impian dua graduan Kolej Universiti Islam Johor Sultan Ibrahim (KUIJSI) untuk bergelar imam menjadi kenyataan sebaik sahaja menamatkan pengajian masing-masing. Basok Muhammad Muhaimin Kamaludin, 22, dan Mohamad Fairuz Abdul Rashid, 23, pelajar lepasan Diploma Tahfiz Al-Qur’an Wa Al Qiraat KUIJSI kini ditugaskan sebagai imam di Masjid Temenggong Daeng Ibrahim, Telok Blangah. […]