Tag Archive for: maju johor

140 UNIT RMMJ TAMAN PAGOH JAYA DITAWARKAN KEPADA PEMBELI

  ISKANDAR PUTERI –– Sebanyak 140 unit Rumah Mampu Milik Johor (RMMJ) Taman Pagoh Jaya, dekat Pagoh, di Muar bakal ditawarkan kepada pembeli untuk cabutan undian pada suku ketiga tahun ini.   Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, kediaman berharga RM42,000 dan RM80,000 itu juga bakal menerima Sijil Penyiapan dan Pematuhan (CCC) pada awal […]

PROJEK KOMUNITI DI HATI TERIMA SAMBUTAN MENGGALAKKAN

  ISKANDAR PUTERI –– Kerajaan Johor meluluskan peruntukan tambahan bagi pelaksanaan Projek Komuniti Di Hati (KDH).   Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, keputusan menyalurkan peruntukan tambahan itu dibuat berikutan sambutan menggalakkan diterima projek berkenaan.   “Kerajaan Negeri telah memperuntukkan sebanyak RM1.2 juta pada tahun 2023, bagi pelaksanaan Projek Komuniti Di Hati (KDH), di […]

BEZA PENDAPAT, PRINSIP JANGAN SAMPAI GANGGU KEHARMONIAN

  ISKANDAR PUTERI — Persaudaraan terbina antara kaum Muhajirin dan Ansar dalam peristiwa penghijrahan Nabi Muhammad SAW dari Kota Mekah ke Kota Madinah membawa teladan kepada umat manusia masa kini.   Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, peristiwa berkenaan secara tidak langsung memberi mesej sangat penting untuk rakyat negeri ini, agar mengekalkan perpaduan […]

KERAJAAN NEGERI SENTIASA LINDUNGI KANAK-KANAK

  ISKANDAR PUTERI — Kerajaan Negeri menerusi Jabatan Kebajikan Malaysia (JKM) Negeri Johor sudah mengambil tindakan terhadap isu seorang kanak-kanak yang ditinggalkan oleh ibu kandungnya di Pasir Gudang yang tular baru-baru ini.   Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Negeri Johor, Khairin-Nisa Ismail, berkata pihak JKM Negeri Johor menerusi Pelindung Kanak-Kanak juga sudah menemui […]

PENDEDAHAN ASAS PERTANIAN DAN KETERJAMINAN MAKANAN BERMULA DI PERINGKAT SEKOLAH

    ISKANDAR PUTERI –– Kerajaan Negeri Johor terus komited untuk memperkasa peranannya sebagai bakul dan pengeluar utama bekalan makanan di negara ini menerusi usaha memberi pendedahan asas pertanian di peringkat sekolah.   Perkara itu dimaklumkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Kemajuan Luar Bandar Negeri Johor, Dato’ Zahari Sarip.   Katanya, sebanyak […]

KERAJAAN NEGERI JOHOR TUNAI IMPIAN RAKYAT MILIKI RUMAH SENDIRI

  JOHOR BAHRU –– Impian memiliki kediaman sendiri yang selesa akhirnya menjadi realiti apabila pembeli Rumah Mampu Milik Johor (RMMJ) di Pangsapuri Senibong Indah, dekat Tanjung Senibong hari ini menerima kunci rumah masing-masing.   Ia sekali gus menamatkan penantian kepada para pembeli untuk memiliki kediaman sendiri dan seterusnya menjadi ‘mahligai indah’ untuk keluarga masing-masing.   […]

BANGUNAN TERBIAR HSA AKAN KEMBALI DIBUKA ATASI KESESAKAN POLIKLINIK

  ISKANDAR PUTERI — Sebuah bangunan di Hospital Sultanah Aminah (HSA) yang sudah terbiar lebih 20 tahun akan dibuka kembali untuk atasi kesesakan di kawasan poliklinik hospital berkenaan.   Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, pembukaan semula bangunan berkenaan dengan bantuan Kerajaan Negeri dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).   “Usaha ini penting bagi […]

LIMA LOKASI DIKENAL PASTI PUNCA KESESAKAN DI JOHOR BAHRU

  Oleh: Siti Inarah Izazi Abd Mutalib   JOHOR BAHRU –– Lima lokasi dikenal pasti menjadi punca utama kesesakan lalu lintas di sekitar bandar raya Johor Bahru terutama ketika waktu puncak.   Kesemua lokasi itu adalah jalan sekitar Stulang Laut, Jalan Lingkaran Dalam, Lebuhraya Skim Penyuraian Trafik Timur (EDL), Jalan Ibrahim Sultan dan Jalan Bukit […]

HAMPIR 1,400 PESERTA MERIAHKAN RUGJ

  ISKANDAR PUTERI — Kira-kira 1,400 peserta dari seluruh daerah di Negeri Johor mengambil bahagian di dalam RiseUp Gold Junior 2023 (RUGJ) yang berlangsung di sekitar bandaraya Johor Bahru yang berakhir semalam.   Penolong Pengarah Seksyen Kecemerlangan Sukan Remaja, Majlis Sukan Negeri Johor (MSNJ), Muhammad Fauzi Bahren, berkata siri pertama kejohanan itu turut melibatkan enam […]

KERAJAAN NEGERI LETAK SASARAN BAHARU BINA 30,000 RMMJ DALAM LIMA TAHUN

  JOHOR BAHRU –– Kerajaan Johor mensasarkan pembinaan 30,000 unit Rumah Mampu Milik Johor (RMMJ) dalam tempoh lima tahun.   Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, jumlah tersebut merupakan sasaran baharu diletakkan berbanding 21,702 unit sebelum ini.   Menurutnya, penetapan sasaran tersebut dibuat selepas mengambil kira sambutan menggalakkan yang diterima daripada rakyat di negeri […]