Tag Archive for: Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Negeri Johor

KERAJAAN JOHOR SEDIA KELUARGA ASNAF KEDIAMAN LEBIH SELESA

  Lima beranak yang tinggal di sebuah pondok di Kampung Baru Sungai Johor, dekat Ulu Tiram, mendapat pembelaan daripada Kerajaan Johor bersama pelbagai pihak berkaitan.   Pasangan Mohd Farid Md Yusof dan Noorazlina Abdullah bersama tiga cahaya mereka berusia lapan bulan hingga tiga tahun dipindahkan ke kediaman yang lebih selesa disediakan oleh Pejabat Daerah Kota […]

631 PERJAWATAN GURU AGAMA DISELESAIKAN TAHUN INI

  ISKANDAR PUTERI — Kekosongan 631 perjawatan guru agama gred DG29 Sekolah Agama Kerajaan Johor (SAKJ) dijangka diselesaikan pada tahun ini.   Khabar gembira itu dikongsikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Negeri Johor, Mohd Fared Mohd Khalid.   “Pengambilan terawal adalah pada September 2023. Proses tapisan peperiksaan dan temu duga akan diadakan dalam […]

KERAJAAN JOHOR SERIUS PERANGI AJARAN SIHULK

  JOHOR BAHRU — Kerajaan Johor menubuhkan Jawatankuasa Penyelarasan Tindakan Pembanterasan Ajaran Sesat Sihulk sebagai usaha memerangi fahaman yang telah difatwakan sesat sejak 2021.   Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Negeri Johor, Mohd Fared Mohd Khalid berkata, jawatankuasa itu melibatkan Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ), Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ), Polis Diraja […]

GURU SAKJ SAMBUT BAIK KEMPEN SEKOLAHKU SEJAHTERA-1T

ISKANDAR PUTERI — Kempen Sekolahku Sejahtera-1T dilaksanakan Kerajaan Negeri, disambut baik guru-guru Sekolah Agama Kerajaan Johor (SAKJ).   Guru Besar Sekolah Agama (SA) Taman Universiti, Nor Hayati Mohd Yatim menyokong penuh inisiatif melibatkan seluruh sekolah agama di Johor.   “Saya amat menyokong kempen ini kerana ia memberi ruang kepada murid-murid untuk menjadi masyarakat yang bertanggungjawab […]

KERAJAAN NEGERI SASAR ‘ZERO KEROSAKAN’ INFRASTRUKTUR TANDAS SAKJ MENJELANG OGOS

  ISKANDAR PUTERI — Kerajaan Negeri meletakkan sasaran ‘zero kerosakan’ terhadap infrastruktur tandas Sekolah Agama Kerajaan Johor (SAKJ) menjelang Ogos tahun ini menerusi Kempen Sekolahku Sejahtera-1T.   Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Negeri Johor, Mohd Fared Mohd Khalid, berkata kempen tersebut bertujuan memastikan semua infrastruktur tandas di seluruh SAKJ dibaik pulih dan ditambah baik […]

MAINJ MENANDATANGANI HUJAH WAKAF BERSAMA JCORP, PERTUBUHAN DARUL HANAN

  ISKANDAR PUTERI — Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) menandatangani hujah wakaf melibatkan tapak tanah dan bangunan Pertubuhan Darul Hanan, dekat Pasir Gudang.   Hujah wakaf itu ditandatangani oleh MAINJ diwakili penasihatnya, Dato’ (Dr.) Nooh Gadot bersama Presiden dan Ketua Eksekutif Johor Corporation (JCorp), Datuk Syed Mohamed Syed Ibrahim serta Pengerusi dan Pengasas Pertubuhan […]

RM241,000 DIPERUNTUKKAN BAIK PULIH SA DATO’ ABDULLAH ESA

  ISKANDAR PUTERI — Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) memperuntukkan RM241,000 kepada Sekolah Agama (AS) Dato’ Abdullah Esa, dekat Johor Bahru, bagi melakukan kerja baik pulih.   Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Negeri Johor, Mohd Fared Mohd Khalid berkata, peruntukan itu melibatkan kerja pendawaian berjumlah RM149,000 dan mengecat sebanyak RM92,000 yang sudah diterima […]

EXCO KERAJAAN PASTIKAN KEPERLUAN, KEMUDAHAN SEKOLAH AGAMA TERJAGA

  ISKDANDAR PUTERI — Kerajaan Negeri memandang serius situasi kekurangan keperluan sekolah agama di negeri ini bagi memastikan kelancaran pelaksanaan proses Pengajaran dan Pembelajaran (PdP).   Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Negeri Johor, Mohd Fared Mohd Khalid, baru-baru ini, mengadakan lawatan ke Sekolah Agama Bandar Penawar dan Sekolah Agama Punggai di Kota Tinggi bagi […]

MPBP DEKATI MASYARAKAT, HEBAH PELAN PEMBANGUNAN DI BATU PAHAT

  ISKANDAR PUTERI — Majlis Perbandaran Batu Pahat (MPBP) menggunakan pendekatan mendekati masyarakat dengan mengadakan program ‘Hari Komuniti @ Pekan Semerah: Program Kemampanan Komuniti Bandar (PKKB)’ bersama masyarakat di Pekan Semerah dekat Batu Pahat, semalam.   Selaras dengan matlamat ‘Pembangunan Mampan’ atau ‘Sustainable Development Goals’ (SDGs) SDG 11 (Sustainable Cities and Community), program itu bertujuan […]

EXCO KERAJAAN JOHOR TEGUR PERBUATAN BUANG SAMPAH MERATA-RATA

  ISKANDAR PUTERI — Perbuatan tidak bermoral masyarakat membuang sampah di Jalan Kampung Bintang Lama, dekat Batu Pahat, mendapat perhatian Exco Kerajaan Johor.   Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Negeri Johor, Mohd Fared Mohd Khalid meluahkan rasa kesal terhadap perkara itu menerusi perkongsian di laman Facebook miliknya.   “Lihat, pihak berkuasa dah tutup dan […]