Tag Archive for: RUMAH MAMPU MILIK JOHOR

KINI LEBIH MUDAH DAPAT PEMBIAYAAN PERUMAHAN

  Strategi pelaksanaan inisiatif ‘J-Home One Stop Center’ oleh Perbadanan Kemajuan Perumahan Johor (PKPJ) dalam membantu Bangsa Johor untuk mendapatkan kemudahan pembiayaan Rumah Mampu Milik Johor (RMMJ) memberi impak memberangsangkan apabila jumlah permohonan yang berjaya mencatatkan peningkatan signifikan.   Inisiatif yang dilaksanakan menerusi usahasama pelbagai institusi kewangan dan Skim Jaminan Kredit Perumahan Berhad (SJKP) telah […]

TIADA BAYARAN UNTUK MOHON RMMJ

  Bangsa Johor dinasihatkan supaya tidak terpedaya dengan helah sindiket yang cuba mengaut keuntungan ‘atas angin’ apabila mengenakan caj tidak masuk akal sehingga RM5,000 kepada pemohon yang ingin mendapatkan Rumah Mampu Milik Johor (RMMJ).   Ini kerana Kerajaan Johor tidak pernah mengenakan sebarang caj bagi tujuan permohanan RMMJ kerana proses permohonan perlu dibuat menerusi platform […]

SASAR 5,134 RMMJ SIAP 2024

  Kerajaan Negeri komited merealisasikan sasaran pembinaan 30,000 Rumah Mampu Milik Johor (RMMJ) di seluruh negeri ini sehingga tahun 2026 seperti diumumkan dalam Belanjawan Johor 2024.   Justeru, Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri Johor, Dato’ Mohd Jafni Md Shukor ketika ucapan penggulungannya memaklumkan sebanyak 5,134 unit disasarkan untuk siap dibina pada tahun hadapan. […]

140 UNIT RMMJ TAMAN PAGOH JAYA DITAWARKAN KEPADA PEMBELI

  ISKANDAR PUTERI –– Sebanyak 140 unit Rumah Mampu Milik Johor (RMMJ) Taman Pagoh Jaya, dekat Pagoh, di Muar bakal ditawarkan kepada pembeli untuk cabutan undian pada suku ketiga tahun ini.   Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, kediaman berharga RM42,000 dan RM80,000 itu juga bakal menerima Sijil Penyiapan dan Pematuhan (CCC) pada awal […]

700 PENGUNJUNG BERJAYA DAFTAR PERMOHONAN RMMJ

  ISKANDAR PUTERI — Inisiatif pusat sehenti yang menyediakan pelbagai perkhidmatan agensi Kerajaan serta bukan kerajaan tidak hanya dapat memberi kemudahan kepada pengunjung tetapi juga membantu menyelesaikan beberapa urusan dengan berkunjung ke satu lokasi sahaja.   Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri Johor, Dato’ Mohd Jafni Md Shukor yang hadir ke Program One Stop […]

PDRC PASTIKAN AGENDA PERUMAHAN IKUT KOMPONEN YANG DITETAPKAN

  ISKANDAR PUTERI — Jawatankuasa Penilaian, Perancangan dan Reka Bentuk (PDRC) akan terus memastikan syarikat pemaju mematuhi dasar perumahan dengan membina Rumah Mampu Milik Johor (RMMJ) pada harga kurang daripada RM150,000 mengikut komponen yang sudah ditetapkan.   Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri Johor, Dato’ Mohd Jafni Md Shukor, berkata pihaknya akan terus memantau […]

KERAJAAN NEGERI JOHOR TUNAI IMPIAN RAKYAT MILIKI RUMAH SENDIRI

  JOHOR BAHRU –– Impian memiliki kediaman sendiri yang selesa akhirnya menjadi realiti apabila pembeli Rumah Mampu Milik Johor (RMMJ) di Pangsapuri Senibong Indah, dekat Tanjung Senibong hari ini menerima kunci rumah masing-masing.   Ia sekali gus menamatkan penantian kepada para pembeli untuk memiliki kediaman sendiri dan seterusnya menjadi ‘mahligai indah’ untuk keluarga masing-masing.   […]

KERAJAAN NEGERI LETAK SASARAN BAHARU BINA 30,000 RMMJ DALAM LIMA TAHUN

  JOHOR BAHRU –– Kerajaan Johor mensasarkan pembinaan 30,000 unit Rumah Mampu Milik Johor (RMMJ) dalam tempoh lima tahun.   Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, jumlah tersebut merupakan sasaran baharu diletakkan berbanding 21,702 unit sebelum ini.   Menurutnya, penetapan sasaran tersebut dibuat selepas mengambil kira sambutan menggalakkan yang diterima daripada rakyat di negeri […]

KERAJAAN NEGERI BAKAL TUBUHKAN RMMJ DI RENGGAM

  ISKANDAR PUTERI — Rumah Mampu Milik Johor (RMMJ) di Renggam akan dibina bagi memenuhi keperluan perumahan rakyat Johor di sekitar Simpang Renggam.   Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri Johor, Dato’ Mohd Jafni Md Shukor, berkata pihaknya telah menubuhkan sebuah jawatankuasa RMMJ Renggam bersama beberapa agensi Kerajaan.   “Saya juga turut mempengerusikan mesyuarat […]

KERAJAAN NEGERI IKAT KOMITMEN PEMAJU BINA RMMJ

  ISKANDAR PUTERI — Kerajaan Johor berjaya mengikat komitmen pemaju untuk membina 13,666 unit Rumah Mampu Milik Johor (RMMJ) dalam tempoh lima tahun.   Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri Johor, Dato’ Mohd Jafni Md Shukor berkata, komitmen tersebut dizahirkan hasil 12 siri mesyuarat Jawatankuasa Perancangan, Pembangunan dan Rekabentuk (PDRC).   “Peranan PDRC adalah […]