500 PESERTA SERTAI 113 TRIATHLON


Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Alam Sekitar, Warisan dan Budaya Negeri Johor, K. Raven Kumar menyempurnakan pelepasan peserta-peserta 113 Triathlon Desaru 2023 di Lotus Desaru Resort, pada Ahad. | Foto Ihsan FB Raven Kumar Krishnasamy.

 

ISKANDAR PUTERI — Seramai 500 peserta menyertai 113 Triathlon Desaru 2023 berlangsung di Lotus Desaru Resort, dekat Bandar Penawar.

 

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Alam Sekitar, Warisan dan Budaya Negeri Johor, K. Raven Kumar berkata, acara berkenaan sudah memasuki edisi kelapan pada tahun ini.

 

Menurutnya, tiga kategori perlumbaan dipertandingkan iaitu 113 Triathlon, 113 Sprint dan 113 Super Sprint.

 

“Saya difahamkan oleh pihak penganjur seramai 500 peserta menyertai acara itu kali ini. Sukan pelancongan seperti ini bukan sahaja membantu industri pelancongan, malah secara holistiknya memacu pertumbuhan ekonomi setempat khususnya dalam sektor perniagaan dan ekonomi,” kata beliau.

 

Terdahulu, beliau menyempurnakan pelepasan peserta-peserta 113 Triathlon Desaru 2023 di Lotus Desaru Resort, pada Ahad.

 

Raven Kumar berkata, Kerajaan Johor sememangnya komited mengadakan acara-acara sukan pelancongan seumpama itu, sekali gus meningkatkan sektor pelancongan di negeri ini.

 

Kategori dipertandingan iaitu 113 Triathlon melibatkan 2km renangan / 90km berbasikal / 21km larian).

 

Manakala 113 Sprint pula (750m renangan / 20km berbasikal / 5km larian) dan 113 Super Sprint membabitkan 300m renangan / 10km berbasikal / 2km larian.

 

#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor