TINDAKAN TEGAS JIKA NAIKKAN HARGA MENDADAK : KPDN JOHOR


Pengarah KPDN Johor, Lilis Saslinda Pornomo melakukan ‘walkabout’ SHMMP Deepavali 2023 di Pasaraya Midas Mart, S’Mart Pandan. | Foto MDJ Nurina Aisyah

 

Tindakan kompaun serta merta lebih tegas akan diambil Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Johor bagi memastikan pematuhan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) Deepavali 2023 bermula 9 hingga 15 November ini.

 

Selain itu, tindakan pengeluaran notis di bawah Seksyen 21 Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 juga akan dilaksanakan ke atas mana-mana pihak yang didapati menaikkan harga lapan jenis barangan secara mendadak dan ketara.

 

Barangan tersebut adalah bawang merah besar import, barang merah kecil India, cili merah, daging kambing biri-biri import bertulang, kacang dal (Australia), tomato, kelapa biji dan kelapa parut.

 

KPDN Johor terus komited memastikan masyarakat dilindungi dan tidak terbeban dengan peningkatan kos sara hidup terutama menjelang musim perayaan yang akan tiba.

 

Terdahulu, Pengarah KPDN Johor, Lilis Saslinda Pornomo melakukan ‘walkabout’ SHMMP Deepavali 2023 di Pasaraya Midas Mart dekat S’Mart Pandan. Turut hadir, Ketua Pegawai Penguatkuasa KPDN Johor, Aizudin Mohd Said.

 

#BangsaJohor
#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor