MAINJ UNJUR PUNGUTAN ZAKAT FITRAH RM24.29 JUTA TAHUN INI
Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) mengunjurkan RM24.29 juta pungutan zakat fitrah melibatkan kira-kiradi negeri ini, menunaikan Rukun Islam ketiga bagi tahun 1445H / 2024M.
Seramai 1,660 amil dilantik dan diberi tauliah bagi menjalankan tugas memungut zakat fitrah yang turut terlibat membanci fakir dan miskin di kariah masing-masing yang kemudiannya diputuskan oleh jawatankuasa masjid.
Selain itu, sebanyak RM14.67 juta bantuan hari raya diperuntukkan bagi tahun 1445H / 2024M untuk diagihkan kepada 88,556 ketua keluarga fakir dan miskin berserta tanggungan di Negeri Johor.
Setiap ketua keluarga fakir akan menerima RM400 manakala RM300 kepada ketua keluarga miskin selain RM50 untuk setiap seorang tanggungan. Terdahulu, berlangsungnya Karnival ‘MAINJ Kan Ada’ dan Sidang Media Pengumuman Kadar Zakat Fitrah 1445H/2024M di MRSM Batu Pahat.
#BangsaJohor
#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor