ANGKAT TITAH PEMANGKU SULTAN JOHOR SEBAGAI AGENDA BESAR


YB Datuk Dr. Mohd Puad Zarkashi, Speaker Dewan Negeri Johor. | Foto MDJ Wira Anggara

 

Dewan Negeri Johor merafak sembah dan menjunjung setinggi-tinggi kasih atas titah DYAM Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor ketika merasmikan Mesyuarat Pertama (Pembukaan Rasmi) Bagi Penggal Persidangan Ketiga Dewan Negeri Johor Yang Ke-15, Khamis lalu.

 

Titah sulung yang menyentuh soal kecukupan makanan, membasmi miskin tegar, pendidikan berkualiti, pembangunan belia, Zon Ekonomi Khas dan Zon Kewangan Khas serta akses kepada infrastruktur wajar dijadikan sebagai agenda besar Bangsa Johor.

 

Selain itu, titah Pemangku Sultan Johor yang disifatkan konstruktif itu juga perlu menjadi panduan oleh semua 56 Ahli Dewan Negeri Johor untuk berbahas dengan hati nurani masing-masing sepanjang persidangan persidangan kali ini.

 

Penzahiran tersebut dibuat oleh YB Datuk Dr. Mohd Puad Zarkashi, Speaker Dewan Negeri Johor dalam pemasyhurannya pada Mesyuarat Pertama (Pembukaan Rasmi) bagi Penggal Persidangan Ketiga Dewan Negeri Johor Ke-15 di Bangunan Sultan Ismail, Kota Iskandar, hari ini.

 

#BangsaJohor
#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor