DEWAN NEGERI JOHOR LULUS PINDAAN BENAR LANTIKAN LIMA ADUN

Dewan Negeri Johor meluluskan pindaan Bahagian Kedua Undang-Undang Tubuh Kerajaan Johor 1895 yang membolehkan pelantikan lima Ahli Dewan Negeri (ADUN) tanpa melalui pilihan raya dalam Mesyuarat Pertama Penggal Persidangan Kelima DUN Johor Ke-15 di Bangunan Sultan Ismail, Kota Iskandar. | Foto MDJ Aisyah Mazalan

 

#IskandarPuteri – Dewan Negeri Johor hari ini meluluskan usul pindaan Bahagian Kedua Undang-Undang Tubuh Kerajaan Johor 1895 bagi membolehkan pelantikan lima Ahli Dewan Negeri (ADUN) tanpa melalui proses pilihan raya.

 

Pindaan tersebut diluluskan pada Mesyuarat Pertama (Pembukaan Rasmi) bagi Penggal Persidangan Kelima DUN Johor Ke-15 di Bangunan Sultan Ismail, Kota Iskandar, hari ini.

 

Cadangan pindaan berkenaan bertujuan untuk membolehkan pelantikan individu berkelayakan dan berpengalaman dalam pelbagai bidang bagi membantu memperkukuh sistem penyampaian perkhidmatan kepada rakyat serta melengkapi fungsi ADUN sedia ada.

 

Melalui pindaan itu, ADUN yang dilantik kelak dibenarkan untuk mengambil bahagian dalam sesi perbahasan serta mempunyai hak untuk mengundi dalam persidangan DUN yang seterusnya.

 

Bagaimanapun, ADUN lantikan tersebut tidak layak dilantik sebagai Menteri Besar mahupun menganggotai Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO).

 

Langkah berkenaan dilihat sebagai pendekatan terbaharu bagi memperkukuh tadbir urus serta memastikan lebih ramai tokoh profesional dan individu berpengalaman dapat menyumbang kepakaran dalam pembangunan negeri.

 

Terdahulu, usul pindaan berkenaan dibentang, dibahas dan diluluskan pada pada Mesyuarat Pertama (Pembukaan Rasmi) bagi Penggal Persidangan Kelima Dewan Negeri Johor Ke-15 di Bangunan Sultan Ismail, Kota Iskandar, hari ini.

 

#JohorSafeZone
#DewanNegeriJohorKe15
#DUNJohor
#BangsaJohor
#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor