SEMANGAT JOHOR KEKAL MENYALA DALAM MISI BURU GANGSA FUTSAL SUKMA

Johor mempamerkan semangat juang tinggi apabila memberikan tentangan sengit kepada tuan rumah Selangor sebelum tewas 3-5 dalam aksi separuh akhir futsal lelaki Sukan Malaysia (SUKMA) XXII Selangor 2026 di Kompleks Belia dan Sukan Selangor.
Johor mempamerkan semangat juang tinggi apabila memberikan tentangan sengit kepada tuan rumah Selangor sebelum tewas 3-5 dalam aksi separuh akhir futsal lelaki Sukan Malaysia (SUKMA) XXII Selangor 2026 di Kompleks Belia dan Sukan Selangor, hari ini.
Abdul Aiman Syahmi membuka jaringan buat Johor pada minit kelima sebelum Amir Ammar menyamakan kedudukan tiga minit kemudian, manakala Muhammad Aidil Zakwan meletakkan Selangor di hadapan 2-1 pada minit ke-13.
Memasuki babak kedua, Johor tampil lebih agresif dan melancarkan beberapa serangan berbahaya, namun Muhammad Aidil Zakwan sekali lagi menemui sasaran untuk melebarkan kelebihan tuan rumah kepada 3-1.
Johor enggan mengalah dan terus meningkatkan tekanan sebelum Muhammad Syaifullah Sulaiman merapatkan jurang pada minit ke-27 menerusi penyudah kemas yang menewaskan penjaga gol Selangor, Muhammad Adam Naim.
Tekanan berterusan akhirnya membuahkan hasil apabila Muhammad Farhat menyamakan kedudukan 3-3 pada minit ke-36, namun Selangor kembali mendahului seminit kemudian sebelum menambah jaringan kelima bagi mengesahkan kemaraan ke final.
Johor kini mengalih fokus kepada aksi penentuan pingat gangsa dan dijadual berdepan pemenang perlawanan antara Wilayah Persekutuan dengan Pulau Pinang, esok.
Meskipun terlepas peluang beraksi di final, penyertaan Johor dalam acara futsal lelaki SUKMA masih berpeluang ditutup dengan pencapaian membanggakan menerusi pemburuan pingat gangsa.
#JohorSafeZone
#SUKMAXXII
#Selangor2026
#KontinjenJohor
#Futsal
#SukanMDJ
#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor



